Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, January 31, 2007

SENAMAN MENJARAKKAN ANAK

Senaman di atas adalah untuk mereka yang berhasrat untuk menjarakkan anak. Setiap kali selepas bersama suami...jangan terus tidur.

Lurutkan tangan ke bahagian kaki sehingga ke hujungnya

Silangkan kaki dan kempiskan perut. Pastikan kaki di bahagian atas terletak di bahagian kepala lutut dan pegang hujung jari kaki dengan tangan.

Tahan nafas dan tarik hujung kaki ke arah dalam secara perlahan-lahan dan rapatkan kepala ke lutut dan rasakan regangan di bahagian belakang tubuh....

Tuesday, January 30, 2007

KIWI KAYA KHASIAT

Buah kiwi merupakan buah mengandungi banyak khasiat. Ia mengandundi sumber yang paling mewah dengan vitamin E yang jarang boleh didapati daripada lain-lain jenis buah-buahan. Kandungan vitamin E di di dalamnya 2 kali ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan buah avocado.

Vitamin E penting untuk mengekalkan kesihatan badan dan membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Sebiji buah kiwi juga mengandungi 17 kali lebih banyak Vitamin C berbanding epal, 2 kali lebih banyak dari oren dan lemon.

Vitamin C membantu mengelakkan batuk dan selsema serta meredakan ketegangan. Selain dari pada itu kiwi juga mengandungi magnesum, kalsium dan fosforas. Ia juga sumber serat yang terbaik.

HILANGKAN GELUNG HITAM

Seandainya kita suka berjaga malam pasti kita akan mendapati bahagian bawah mata kita mempunyai gelung bewarna hitam. Untuk mengelakkan hitam disekeliling mata setiap kali bangun tidur...celupkan 2 jari kita ke dalam air sejuk berais dah sapukan di bahagian bawah mata sebelum mencuci muka.

Lakukan selalu...insyaallah gelung hitam akan hilang.

Sesekali ambil mentimun potong dan rehatkan mata dengan meletakkan hirisan timun di atas mata....lakukan seminggu 1 atau 2 kali...

MEMUTIHKAN WAJAH

Bagi anda yang ingin memutihkan kulit wajah...cuba petua ini.

Ambil sebiji mentimun, basuh & parut. Ambil airnya. Campurkan sedikit madu. Pastikan wajah telah dibersihkan terlebih dahulu dan sapukan air parutan mentimun yang telah dicampur tadi sehingga rata. Biarkan beberapa mnit dan cuci dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu...Insyaallah akan mendapat hasil yang memuaskan...

Wednesday, January 03, 2007

PETUA SEDANG BERPANTANG

Untuk mengecutkan rahim....

Agar rahim cepat mengecut setelah melahirkan...amalkan memakan jamu , bertungku atau bersalai. Satu lagi cara agar luka-luka bersalin cepat sembuh ialah...ambil sebiji atau 2 biji manjakani dan rendam dalam air panas untuk beberapa minit.

Setelah agak lembut, manjakani itu ditumbuk halus dan bulat2kan sebesar biji kacang...kemudian telan...amalkan pagi & petang...Insyaallah luka akan segera sembuh dan saluran peranakan serta rahim akan cepat mengecut.


Untuk memudahkan buang air besar....

Selalunya selepas melahirkan ibu-ibu sukar untuk membuang air besar. Dan sekiranya kita baru melahirkan memang dilarang keras kita meneran dengan kuat. Untuk mengatasi masalah ini ...cuba ambil/makan daun sawi yang ditumis dengan sedikit air. Amalkan memakannya setiap hari.

Ketika aku berpantang dulu...aku amalkan memakan 1-3 biji buah prune kering sehari...bermula dari hari pertama melahirkan aku dah mengambilnya setiap hari. Alhamdulillah aku tidak pernah ada masalah membuang air besar....


Untuk mencantikkan pusat bayi...

Bayi yang baru tanggal tali puastnya perlu dijaga agar pusat tersebut tidak tersembul dan bayi tidak mudah terkena kembung perut.

Ambil seulas bawang putih (tumbuk pecah) sedikit jintan putih. Bungkus semuanya dalam kain dan ikat kemas. Panaskan diatas bara dan bila dah suam2 kuku...tuamkan pada pusat dan perut bayi perlahan2....buat juga pada telapak kaki bayi untuk mengelakkan kembung dan sejuk .

Setakat ini dulu petua dan panduan untuk mereka yang baru melahirkan...aku akan masukkan lagi sedikit demi sedikit petua yang berguna untuk pembaca.

Selamat mencuba....

Friday, December 29, 2006

JIKA MATA TERPERCIK AIR CILI

Ada diantara kita amat menggemari sambal belacan. Dan tidak boleh dinafikan sambal belacan yang di tumbuk memang lebih enak. Sekiranya ketika sedang menumbuk cili ...air cili tersebut terpercik ke dalam mata...pergilah ke bilik air dan cuci ibu jari kaki. Sekiranya mata kanan yang kene...maka cuci lah ibu jari kaki kiri...dan jika mata kiri pula cucilah ibu jari kaki kanan. Ada juga orang menyarankan kita mengambil sedikit garam dan masukkan ke dalam mulut.

Insyaallah...selamat mencuba petua orang tua-tua ini...

MENGHILANGKAN PIJAR TANGAN

Ada diantara kita mudah merasa pijar pada tangan apabila kita memegang cili. Dulu tangan aku begitu sensitif pada cili....kalau makan makanan yang pedas2 pun tangan aku boleh pijar. Untuk menghilangkan rasa pijar tersebut gosokkan tangan dengan garam selama 1-2 minit. Gosoklah di sekeliling jari jemari. Kemudian bilaslah dengan air...Insyaallah rasa pijar akan hilang.

KHASIAT LEMON
















Mulakan hari anda dengan segelas air suam dan sehiris lemon bagi menggantikan secawan kopi atau teh.

Lemon membantu mencuci hati yang pada ketika itu fungsinya sangat aktif. Ia juga merangsang sistem pencernaan dan menjadikan anda lebih bertenaga. Ia juga berperanan membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin....

Monday, December 25, 2006

KURANGKAN BERAT BADAN

Aku pernah terbaca panduan untuk menurunkan berat badan. Memang kadang sukar untuk kita menurunkan berat badan lebih2 lagi bila usia dah meningkat. Berbagai faktor yang turut menyumbang kepada kesukaran tersebut. Adakalanya kita rasa seperti berputus asa dengan usaha-usaha yang kita lakukan selama ini. Melakukan pelbagai eksesais dan aerobik , berpeluh2 tapi masih turun sikit saja.

Kadang-kalau orang membuat persepsi bahawa orang-orang perempuan bimbang tentang berat badan kerana ingin cantik...sebenarnya itu adalah salah satu dari sebabnya tapi yang paling utama ialah kesihatan.

Di sini aku tuliskan sedikit panduan / tips yang ku baca untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan...

1. Tingkatkan pengetahuan tentang nutrisi makanan. Ambil tahu tentang 'piramid makanan' iaitu yang mana perlu kita ambil lebih dan yang mana perlu dikurangkan.

2. Jangan makan jika tidak berasa lapar. Ada kalanya kita makan kerana mengikut nafsu...atau merasa sayang pada makanan yang terbazir (aku selalu macam ni...sayangkan makanan yang tak habis tiap kali lepas makan).

3. Cuba makan buah untuk sarapan. Kerana buah kaya dengan serat untuk penghadaman. Dulu aku sekeluarga sering makan sarapan berat. Nasi goreng, mee goreng dan segala macam goreng. Tapi bila suami takde aku lebih suka sarapan dengan bijirin. Ini adalah salah satu cara untuk menambah pengambilan serat yang memang kita tau baik untuk tubuh. Cuma pastikan makan bijirin dengan susu rendah lemak.

4. Ucapkan Selamat Tinggal pada restoran makanan segera. Restoran makanan segera selalunya menyediakan makanan bergoreng yang kaya dengan lemak. Jadi seandainya anak2 beriya-iya benar untuk makan di Restoran makanan segera (memang kegemaran anak2)...maka kita boleh membuat pilihan untuk memesan salad sebagai menu kita.

5. Kalau pergi membeli belah...pergilah kebahagian menjual buah-buahan atau sayur-sayuran. Melihat pada sayur2 segar dan buah2an yang beranika macam pasti merangsang kita untuk membeli dan menjadikan ia salah satu sumber utama pemakanan....

KESAN JERAWAT

Untuk menghilangkan kesan jerawat diwajah. Ambil seberapa banyak kulit timun dan di kisar hingga halus. Pupurkan bahan tadi pada wajah dan biarkan setengan jam sebelum dibersihkan. Amalkan setiap hari agar kesan jerawat menjadi kurang.

Semoga mendapat hasil yang memuaskan....

UNTUK DARAH TINGGI

Ambil beberapa batang serai ...ketuk dan rebus bersama 4 mangkuk air, renihkan selhingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan minum air rebusan tersebut dua kali sehari...Insyaallah...penyakit darah tinggi akan turun..

Selain dari itu amalkan memakan ulam-ulaman seperti Daun Tenggek Burung & Saderi. Bagi mereka yang tahan kepada rasa pahit yang amat sangat boleh lah amalkan meminum air batang bakawali. Ambil beberapa batang akar bakawali tersebut dihiris halus, keringkan dan simpan. Seminggu sekali ambil dalam segenggam akar bakawali yang dikeringkan itu dan rebus bersama sedikit air. Minum dan amalkan selalu...insyaallah tekanan darah tinggi akan berkurangan.

Saturday, December 23, 2006

KULIT MUKA CERAH & BERSIH

Ambil sebiji ubi kentang yang telah dikupas kulitnya. Cuci bersih, potong kecil-kecil dan kisar halus. Campurkan dengan sedikit susu tepung dan gaul untuk dijadikan masker. Pupurkan pada wajah 2 kali sehari pagi & malam selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam dan kemudian dengan air sejuk.

Lakukan seminggu 2 kali dan Insyaallah wajah akan cerah dan berseri...


- petua dari Kamsiah, Selangor....MW

MENGHILANGKAN JERAGAT

Masalah jeragat memang menjadi masalah pada wanita yang telah meningkat usia. Untuk mengatasinya...ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan sedikit air..agar menjadi satu sebatian...

Sapukan pada muka yang bermasalah selama 15 minit...Kemudian cuci muka dengan air suam. Lakukan beberapa kali untuk beberapa hari. Ianya juga dapat menaikkan seri wajah....

- petua adalah dari Puan Nor Fauziah, Perak....Mingguan Wanita

PETUA DAN PANDUAN

Aku memang suka mengumpul segala panduan dan petua orang tua-tua. Arwah mak dulu memang rajin mengumpul petua-petua ...apa saja petua yang dibaca atau didengar yang boleh memberi manafaat akan ditulis di dalam sebuah buku kecil. Arwah mak bukan saja mengumpul petua malah dia mengamalkannya juga.

Pernah satu ketika aku terjumpa timun yang sudah siap diparut disimpam di dalam petisejuk lalu bertanya pada mak....timun tu untuk disapu pada wajah untuk menyegarkan kulit muka...ala-ala masker gitu...

Di sebabkan kertas-kertas petua yang aku kumpul dah mula bersepah-sepah...maka aku mengambil keputusan untuk menulisnya di sini supaya dpt juga kita sama-sama memanafaatkannya.....

Adalah diingatkan bahawa segala petua tidak akan menampakkan hasil jika tidak dilakukan selalu....

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails