Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Langsingkan Badan. Show all posts
Showing posts with label Langsingkan Badan. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Tips Mudah Untuk Kurus...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...

Tips ini aku dapat dari seorang doktor yang pernah membuat pembedahan gastrik bypass..

Petuanya mudah sahaja...

Mengikut nasihat doktor...


Pertama....

Ambil sarapan sebelum jam 7 pagi... iaitu ... selepas solat subuh... makanlah banyak mana yang kita nak makan....

Sarapan merupakan booster untuk meningkatkan kadar metabolik kita...





Kedua....

Makan tengahari hendaklah makan separuh dari apa yang kita makan untuk sarapan....

Makanlah makanan yang seimbang... nasi... sayur... sedikit protein... dan sedikit buah2an...


 Makan tengahari separuh dari ini... boleh ke?


 Ketiga....

Sila makan malam sebelum jam 7 malam...

Ambil separuh dari apa yang kita makan tengahari tadi....tetapi hendaklah seimbang...



Dapat makan malam macam ni pun okay jugak...


Keempat...

No snacking.... bermakna... tiada makanan sampingan diantara watktu2 makan yang disebutkan tadi...

Tidak mengambil kuih2 manis... keropok2... makanan segera... atau jajan diantara waktu makan...


Kalau boleh mengamalkan apa yang disarankan...

Insyaa Allah... masalah berat badan akan dapat di atasi....



p/s...gambar2 adalah ehsan pak Google





...

Thursday, November 05, 2009

Tips Mengawal Makanan Yg Di Ambil...



Berat badan sering merunsingkan kita...lebih2 lagi kaum wanita. Pertambahan umur menyebabkan metabolik rate kita menjadi lambat. Justeru itu...kalau dulu makan banyak pun badan masih langsing...tapi kita bila lebih makan...berat badan terus naik dan sukar untuk turun .

Di sini...dicatatkan 7 tips yg mungkin boleh membantu untuk mengawal berat badan yang aku ambil dari sebuah majalah dan juga tambahan tips dari aku.

...gunakan peralatan bersaiz normal atau kecil ketika makan...seperti pinggan atau mangkok yang kecil...

...elakkan makanan berbentuk bufet kerana keperlbagaian hidangan akan menyebabkan kita rambang mata dan mengambil jumlah makanan yang lebih.

...pilih makanan dari set-menu atau pilihlah hidangan bersaiz kecil...

...elakkan menambah makanan (second helpings) walaupun hidangan itu sunggu lazat.

...ambil masa menikmati hidangan dengan memakannya secara perlahan serta mengunyah dengan baik.

...elak memasak dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan kerana seperti biasa nanti kita sebagai suri rumah atau ibu akan menghabiskan makanan yang kita rasa sayang untuk dibuang

...cuba elakkan dari makan pada waktu lewat malam...dan elakkan dari menonton rancangan2 TV dari saluran yang banyak menunjukkan makanan yang boleh meningkatkan rasa lapar di waktu itu.

Friday, December 29, 2006

KHASIAT LEMON
















Mulakan hari anda dengan segelas air suam dan sehiris lemon bagi menggantikan secawan kopi atau teh.

Lemon membantu mencuci hati yang pada ketika itu fungsinya sangat aktif. Ia juga merangsang sistem pencernaan dan menjadikan anda lebih bertenaga. Ia juga berperanan membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin....

Monday, December 25, 2006

KURANGKAN BERAT BADAN

Aku pernah terbaca panduan untuk menurunkan berat badan. Memang kadang sukar untuk kita menurunkan berat badan lebih2 lagi bila usia dah meningkat. Berbagai faktor yang turut menyumbang kepada kesukaran tersebut. Adakalanya kita rasa seperti berputus asa dengan usaha-usaha yang kita lakukan selama ini. Melakukan pelbagai eksesais dan aerobik , berpeluh2 tapi masih turun sikit saja.

Kadang-kalau orang membuat persepsi bahawa orang-orang perempuan bimbang tentang berat badan kerana ingin cantik...sebenarnya itu adalah salah satu dari sebabnya tapi yang paling utama ialah kesihatan.

Di sini aku tuliskan sedikit panduan / tips yang ku baca untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan...

1. Tingkatkan pengetahuan tentang nutrisi makanan. Ambil tahu tentang 'piramid makanan' iaitu yang mana perlu kita ambil lebih dan yang mana perlu dikurangkan.

2. Jangan makan jika tidak berasa lapar. Ada kalanya kita makan kerana mengikut nafsu...atau merasa sayang pada makanan yang terbazir (aku selalu macam ni...sayangkan makanan yang tak habis tiap kali lepas makan).

3. Cuba makan buah untuk sarapan. Kerana buah kaya dengan serat untuk penghadaman. Dulu aku sekeluarga sering makan sarapan berat. Nasi goreng, mee goreng dan segala macam goreng. Tapi bila suami takde aku lebih suka sarapan dengan bijirin. Ini adalah salah satu cara untuk menambah pengambilan serat yang memang kita tau baik untuk tubuh. Cuma pastikan makan bijirin dengan susu rendah lemak.

4. Ucapkan Selamat Tinggal pada restoran makanan segera. Restoran makanan segera selalunya menyediakan makanan bergoreng yang kaya dengan lemak. Jadi seandainya anak2 beriya-iya benar untuk makan di Restoran makanan segera (memang kegemaran anak2)...maka kita boleh membuat pilihan untuk memesan salad sebagai menu kita.

5. Kalau pergi membeli belah...pergilah kebahagian menjual buah-buahan atau sayur-sayuran. Melihat pada sayur2 segar dan buah2an yang beranika macam pasti merangsang kita untuk membeli dan menjadikan ia salah satu sumber utama pemakanan....

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails