Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, November 30, 2009

Buah Mengkudu...

Keistimewaan mengkudu...




Buah mengkudu atau nama saitifiknya...morinda citrifolia memang banyak khasiatnya.
Ia sesuai untuk merawat kencing manis, menyuburkan sperma, darah tinggi, buang angin dan cacing dia dalam perut.


Ianya sentiasa dijadikan pilihan sebagai bahan penjaagan kesihatan.


Rasanya memang tidak sedap. Tapi untuk menyedapkannya ...ambil sebiji buah mengkudu masak...bersihkan dan kisar dengan sedikit air sehingga hancur.


Tapis untuk dapatkan airnya sahaja. Disebabkan airnya memang tak sedap...campurkan sedikit madu kedalam jus mengkudu itu dan minumlah perlahan-lahan...

Meredakan Batuk ....

Untuk meredakan batuk berpanjangan...dan telah mengambil ubat batuk tetapi masih belum reda...cuba petua ini.

Ambil secamca besar madu lebah dan dicampurkan dengan limau nipis tiga kali sehari...Insyaallah mujarab.

Tuesday, November 24, 2009

Khasiat kacang bendi...



Bendi atau kacang bendi adalah sayur kegemaran sesetengah orang. Tahukah anda bahawa kacang bendi ini mempunyai khasiatnya tersendiri. Ianya terdiri dari salah satu sayur yang kaya dengan kalsium ...mengandungi 7% kabohirat , 90% air , 2% protein, dan 1% serabut, garam galian dan Vitamin B.


Dengan kandungan kalsium yang tinggi bendi memang baik untuk tubuh manusia terutama untuk kesihatan tulang & gigi.


Dari kajian yang pernah dijalankan ianya juga merupakan sayuran yang baik untuk perkembangan otak di mana buahnya boleh menambahkan daya ingatan dan kecergasan.


Manakala dalam rawatan tradisional pula ia boleh mengatasa masalah sukar bersalin. Selain dijadikan hidangan seharian ...air rebusan biji bendi, akar dan bunganya digalakkan dijadikan minuman bagi memudahkan wanita bersalin. Kerana kata orang2 tua...sifat bendi yang berlendir memudahkan proses melahirkan anak...




Mengilangkan kesan hangus...



Untuk menghilangkan kesan hangus pada periuk...masukkan sedikit serbuk penaik atau baking soda bersama sedikit air ke dalam periuk atau kuali yang hangus.


Biarkan beberapa jam ...dan kemudian bersihkan sedikit demi sedikit hingga bersih...

Friday, November 20, 2009

Hilangkan Pahit Bunga Betik...



Pokok betik banyak kegunaannya...buahnya boleh dimakan...dan baik untuk melawaskan perut...dan ada orang kata kalau makan betik selalu kulit boleh jadi cantik sebab kita lawas buang air....

Pucuk betik...memang sedap dibuat ulam dan kemudian digulai.

Bunga betik pun boleh dibuat ulam...cuma bunga ini kalau direbus begitu sahaja ianya pahit. Untuk membuang pahit bunga betik ini...ketika merebusnya masukkanlah beberapa helai daun jambu batu...Insyaallah bunga betik yang direbus enak di makan..

Untuk mereka yang ingin awet muda...boleh lah mencuba ulam bunga betik ini ye....dan bagi yang ingin menjarakkan anak...pucuk daun betik memang sedap dibuat ulam. Tapi awas ianya amat tidak digalakkan bagi mereka yang mengandung.

Wednesday, November 11, 2009

Daun Pandan Penawar Bisul...





Daun pandan memang terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Ianya digunakan untuk berbagai2 keperluan..untuk mewangikan masakan...nasi lemak misalnya. Mengharumkan kereta ...dengan menyimpan beberapa helai di dalam kereta ia membuat kereta berbau segar.

Salah satu dari kegunaannya juga ialah ia boleh menjadi penawar bisul...

Caranya...

Ambil beberapa helai daun pandan dan di tumbuk sehingga lumat. Kalau boleh ambillah daun pandan yang telah tua.

Kemudian masukkanlah daun pandan yang telah lumat tadi ke dalam uncang kain dan dibuat seperti bunjut.

Tuamlah bisul tersebut dengan bunjut daun pandan itu. Lakukan seberapa kerap yang boleh.

Insyaallah bisul akan susut dalam beberapa hari.

Tuesday, November 10, 2009

Khasiat Lemak Ayam...







Seandainya kita membeli ayam di pasar....simpanlah lemak yang dibersihkan dari ayam tersebut.

Ambil lemak itu dan masak di dalam kuali hingga minyaknya keluar. Tapis dan simpan minyak tersebut. Lebih elok disimpan di dalam botol.

Minyak lemak ayam ini amat berguna untuk digunakan ketika kita atau sesiapa anggota keluarga kita yang melecur terkena benda panas.

Ambil sedikit minyak tersebut dan sapukan pada bahagian yang melecur. Insyaallah kulit tersebut akan beransur sembuh tanpa meninggalkan parut...

Monday, November 09, 2009

Ubat Panau...


Bagi mereka yang mempunyai panau di badan....cubalah petua ini.

Ambil seketul lengkuas....dicuci bersih. Hiris sedikit dari bahagian lengkuas itu dan sapukan pada kulit yang terkena panah...gosoklah untuk beberapa ketika sehingga panau tersebut menjadi merah. Lakukan untuk beberapa hari...Insyaallah ianya akan hilang...

atau pun...

Tumbuk lengkuas yang telah dicuci bersih dan bungkus dengan kain kemas2. Gosokkan kain tersebut pada kulit yan gberpanau. Amalkan utk beberapa hari...Insyaallah akan nampak hasilnya.

Thursday, November 05, 2009

Tips Mengawal Makanan Yg Di Ambil...



Berat badan sering merunsingkan kita...lebih2 lagi kaum wanita. Pertambahan umur menyebabkan metabolik rate kita menjadi lambat. Justeru itu...kalau dulu makan banyak pun badan masih langsing...tapi kita bila lebih makan...berat badan terus naik dan sukar untuk turun .

Di sini...dicatatkan 7 tips yg mungkin boleh membantu untuk mengawal berat badan yang aku ambil dari sebuah majalah dan juga tambahan tips dari aku.

...gunakan peralatan bersaiz normal atau kecil ketika makan...seperti pinggan atau mangkok yang kecil...

...elakkan makanan berbentuk bufet kerana keperlbagaian hidangan akan menyebabkan kita rambang mata dan mengambil jumlah makanan yang lebih.

...pilih makanan dari set-menu atau pilihlah hidangan bersaiz kecil...

...elakkan menambah makanan (second helpings) walaupun hidangan itu sunggu lazat.

...ambil masa menikmati hidangan dengan memakannya secara perlahan serta mengunyah dengan baik.

...elak memasak dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan kerana seperti biasa nanti kita sebagai suri rumah atau ibu akan menghabiskan makanan yang kita rasa sayang untuk dibuang

...cuba elakkan dari makan pada waktu lewat malam...dan elakkan dari menonton rancangan2 TV dari saluran yang banyak menunjukkan makanan yang boleh meningkatkan rasa lapar di waktu itu.

Tuesday, October 20, 2009

Kalau Tercekik Tulang...

Pernah tak kita tercekik tulang tetapi setelah semua usaha menelan bermacam2 untuk menghilangkannya tapi tulang tersebut tetap tidak mau pergi.

Cuba petua ini.

Apabila tercekik...ambil sekepal nasi yang agak2 boleh ditelan dan cubalah memakannya...semasa menelan minta tolong kawan atau sesiapa sahaja menarik kedua-dua belah telinga ke atas. Ini akan membesarkan ruang kerongkong dan memudahkan tulang tersebut terlepas dan mengikut nasi yang kita telan..

Kalau masih tak berkesan untuk beberapa cubaan...jgn lupa untuk terus ke doktor...

Sunday, October 18, 2009

Memerahkan Bibir...





Bibir adalah salah satu aset wanita yang penting. Ianya merupakan tarikan pada diri seseorang. Setelah usia meningkat...bibir kadang2 kelihatan kusam dan pucat.


Untuk membuatkan bibir sentiasa kelihatan merah dan cantik...sapukan sedikit madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. Ataupun amalkan mengambil sedikit madu pada waktu pagi setiap hari.


Ingat...gunakan sudu plastik setiap kali mengambil madu atau ubat2 yang mengandungi madu...


Thursday, January 31, 2008

MENEGANGKAN PAYUDARA

Rendam suku mangkuk kacang hijau semalaman. Cuci bersih & kisar halus.

Cara menggunakannya ialah dengan menyapunya kacang hijau tersebut yang telah dicampur dengan sedikit air keseluruh payudara..kecuali bahagian puting yang ditutup dengan kapas basah. Kemudian tutup dengan kain bersih...biarkan kering. Kemudian bersihkan dengan air suam dan kemudian air sejuk...lakukan dua kali seminggu...

- petua dari Azlin Ismail, Pahang
MW

ELAK KAKI MELECET

Untuk mengelakkan kaki dibahagian belakang yang selalu melecet bila memakai kasut baru....gosokkan lilin putih pada sekeliling tepi sebelah dalam kasut sebelum pertama kali dipakai. Selamat mencuba...

MENCERAH BAWAH LENGAN

Hampas kelapa yang telah diperah santannya jgn dibuang. Gunakan untuk menyental bahagian bawah lengan (ketiak) Lama kelamaan insyaallah kulit bahagian tersebut akan menjadi lebih cerah...

Wednesday, January 31, 2007

SENAMAN MENJARAKKAN ANAK

Senaman di atas adalah untuk mereka yang berhasrat untuk menjarakkan anak. Setiap kali selepas bersama suami...jangan terus tidur.

Lurutkan tangan ke bahagian kaki sehingga ke hujungnya

Silangkan kaki dan kempiskan perut. Pastikan kaki di bahagian atas terletak di bahagian kepala lutut dan pegang hujung jari kaki dengan tangan.

Tahan nafas dan tarik hujung kaki ke arah dalam secara perlahan-lahan dan rapatkan kepala ke lutut dan rasakan regangan di bahagian belakang tubuh....

Tuesday, January 30, 2007

KIWI KAYA KHASIAT

Buah kiwi merupakan buah mengandungi banyak khasiat. Ia mengandundi sumber yang paling mewah dengan vitamin E yang jarang boleh didapati daripada lain-lain jenis buah-buahan. Kandungan vitamin E di di dalamnya 2 kali ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan buah avocado.

Vitamin E penting untuk mengekalkan kesihatan badan dan membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Sebiji buah kiwi juga mengandungi 17 kali lebih banyak Vitamin C berbanding epal, 2 kali lebih banyak dari oren dan lemon.

Vitamin C membantu mengelakkan batuk dan selsema serta meredakan ketegangan. Selain dari pada itu kiwi juga mengandungi magnesum, kalsium dan fosforas. Ia juga sumber serat yang terbaik.

HILANGKAN GELUNG HITAM

Seandainya kita suka berjaga malam pasti kita akan mendapati bahagian bawah mata kita mempunyai gelung bewarna hitam. Untuk mengelakkan hitam disekeliling mata setiap kali bangun tidur...celupkan 2 jari kita ke dalam air sejuk berais dah sapukan di bahagian bawah mata sebelum mencuci muka.

Lakukan selalu...insyaallah gelung hitam akan hilang.

Sesekali ambil mentimun potong dan rehatkan mata dengan meletakkan hirisan timun di atas mata....lakukan seminggu 1 atau 2 kali...

MEMUTIHKAN WAJAH

Bagi anda yang ingin memutihkan kulit wajah...cuba petua ini.

Ambil sebiji mentimun, basuh & parut. Ambil airnya. Campurkan sedikit madu. Pastikan wajah telah dibersihkan terlebih dahulu dan sapukan air parutan mentimun yang telah dicampur tadi sehingga rata. Biarkan beberapa mnit dan cuci dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu...Insyaallah akan mendapat hasil yang memuaskan...

Wednesday, January 03, 2007

PETUA SEDANG BERPANTANG

Untuk mengecutkan rahim....

Agar rahim cepat mengecut setelah melahirkan...amalkan memakan jamu , bertungku atau bersalai. Satu lagi cara agar luka-luka bersalin cepat sembuh ialah...ambil sebiji atau 2 biji manjakani dan rendam dalam air panas untuk beberapa minit.

Setelah agak lembut, manjakani itu ditumbuk halus dan bulat2kan sebesar biji kacang...kemudian telan...amalkan pagi & petang...Insyaallah luka akan segera sembuh dan saluran peranakan serta rahim akan cepat mengecut.


Untuk memudahkan buang air besar....

Selalunya selepas melahirkan ibu-ibu sukar untuk membuang air besar. Dan sekiranya kita baru melahirkan memang dilarang keras kita meneran dengan kuat. Untuk mengatasi masalah ini ...cuba ambil/makan daun sawi yang ditumis dengan sedikit air. Amalkan memakannya setiap hari.

Ketika aku berpantang dulu...aku amalkan memakan 1-3 biji buah prune kering sehari...bermula dari hari pertama melahirkan aku dah mengambilnya setiap hari. Alhamdulillah aku tidak pernah ada masalah membuang air besar....


Untuk mencantikkan pusat bayi...

Bayi yang baru tanggal tali puastnya perlu dijaga agar pusat tersebut tidak tersembul dan bayi tidak mudah terkena kembung perut.

Ambil seulas bawang putih (tumbuk pecah) sedikit jintan putih. Bungkus semuanya dalam kain dan ikat kemas. Panaskan diatas bara dan bila dah suam2 kuku...tuamkan pada pusat dan perut bayi perlahan2....buat juga pada telapak kaki bayi untuk mengelakkan kembung dan sejuk .

Setakat ini dulu petua dan panduan untuk mereka yang baru melahirkan...aku akan masukkan lagi sedikit demi sedikit petua yang berguna untuk pembaca.

Selamat mencuba....

Friday, December 29, 2006

JIKA MATA TERPERCIK AIR CILI

Ada diantara kita amat menggemari sambal belacan. Dan tidak boleh dinafikan sambal belacan yang di tumbuk memang lebih enak. Sekiranya ketika sedang menumbuk cili ...air cili tersebut terpercik ke dalam mata...pergilah ke bilik air dan cuci ibu jari kaki. Sekiranya mata kanan yang kene...maka cuci lah ibu jari kaki kiri...dan jika mata kiri pula cucilah ibu jari kaki kanan. Ada juga orang menyarankan kita mengambil sedikit garam dan masukkan ke dalam mulut.

Insyaallah...selamat mencuba petua orang tua-tua ini...

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails