Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, June 24, 2010

Tanda-tanda Awal Yg Tak Boleh dibiarkan...

Panduan ini diambil dari Majalah Rapi...

Ianya sesuatu yang amat penting untuk kesihatan Wanita.

4 Tanda-tanda awal atau simptom yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.  Sila dapatkan pemeriksaan lanjut dari doktor.


Pertama :

Keputihan yang berlebihan.

Walaupun keputihan ada banyak jenis...bukan semua menunjukkan kita sihat.  Ada yang terjadi kerana jangkitan bakteria.  Keputihan yang menyebabkan kegatalan dan bau yang kurang enak patut diberikan perhatian.  Anda mungkin dijangkiti penyakit kelamin.  Biasanya antibiotik dapat mengurangkan masalah ini...namun dapatkan nasihat ahli farmasi tentang cara cara lanjut merawat keputihan.


Kedua :

Rasa sakit ketika melakukan seks

Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks mungkin menandakan anda dijangkiti radang pelvik.  Atau mungkin anda mangsa penyakit kelamin 'chlamydia'.  Jangan biarkan ianya tanpa rawatan...jgn anggap ianya sesuatu yang remeh kerana ia boleh menjejaskan kesuburan.  Dapatkanlah rawatan doktor segera.



Ketiga :

Pedih Ketika Membuang Air

Ini menandakan anda mengalami jangkitan pundi kencing atau 'cystitis' .  Selain dari itu air kencing berbau busuk dan adakalanya mengandungi sedikit darah...namun ianya mudah dirawat.  Ada yang boleh sembuh dalam masa 24 jam dengan mengunakan antibiotik.  Untuk mengelakannya dari berulang...amalkan meminum jus cranberi pada setiap pagi dan mengambil cukup air putih dalam sehari.


Keempat.

Usus Berdarah

Ia mungkin akibar dari bukaan anus.  Namun ianya normal dan boleh sembuh dengan sendiri selepas beberapa hari.  Tapi jika kuantiti darah terlalu banya...mungkin petanda awal anda diserang buasir.  Sebagai penawarnya...minumlah banyak air dan ambil makanan berserat..khususnya buah-buahan dan sayur yang mencukupi.  Jika langkah-langkah tersebut telah diambi tapi ianya masih berlarutan sila berjumpa doktor dengan segera...


'Tubuh yang sihat adalah harta yang tidak ternilai....'


...

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails