Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, February 15, 2011

10 Langkah Mencegah UTI...





Artikel ini aku dapati dari Majalah ...

Aku ingin berkongsi tips & langkah pencegahan ini bersama pembaca2 blog petua ku...

Pertama sekali...

Apa itu ...Urinary Tract Infection...?

Pasti kita semua pernah merasainya... rasanya yang selalu melaluinya ialah wanita ... kerana saluran kencing wanita memang senang dijangkiti kuman jika tidak dijaga dengan betul.

Antara tanda2 kita dijangkiti ialah :

- kerap membuang air kecil sepanjang hari

- terasa sakit ketika melakukan hubungan seks...

- terasa ingin kencing yang terlampau tapi air kencing yg keluar cuma setitik dua sahaja...

- rasa loya atau muntah

- air kencing mengandungi darah

- air kencing tidak bersih dan bewarna keruh

- air kencing berbau kuat

- sakit di bahagian bawah perut...rusuk dan belakang... (perlukan rawatan segera kerna ini adalah disebabkan jangkitan yang serirus)

- rasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen...



10 langkah pencegahan...


1 - Minum sebanyak air yang mungkin ... sehingga air kencing menjadi jernih

2 - Bagi yang mudah dijangkiti .. makanlah dadih sekerap mungkin kerana dadih membetuk persekitaran berasid  dan menghalang pembiakan bakteria

3 - Jangan menahan rasa kencing... jika terasa untuk membuang air kecil segeralah melakukannya

4 - Apabila membuang air besar... amalkan mencuci bahagian depan kemudian barulah mencuci bahagian belakang

5 - Cuba elakkan aktiviti fizikal lasak seperti berbasikal, menunggang motor & mengembara...

6 - Elakkan pakaian dalam yang ketat. Pakaian dalam yang elok ialah yang diperbuat dari kapas

7 - Elakkan dari mandian bersabun wangi , pencuci wanita, deodoran, tampon & napkin...

8 - Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks...

9- Mandi dgn air pancuran...

10 - Tukar tuala wanita dgn lebih kerap...





...

3 comments:

noorlara said...

Walaupun sering dibaca tapi selalu gaks lupa so terima kasih atas perkongsian dan peringatan tu, Allah berkati awak

Kak Anie said...

Noorlara..kita wanita ni memang sering mengalami masalah ini... selalunya saya akan minum air 500ml (botol air mineral kecil tu) dlm 2 kali minum pasti masalah ini akan hilang

nufa_nufa said...

saya copy ye ^_^ thnks...

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails