Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, December 31, 2009

Mencantikkan Rambut..





Semua orang ingin rambut yang cantik...selembut sutera serta mudah disikat..

Caranya...

Sekiranya anda bercadang untuk mencuci rambut keesokan harinya....

Malamnya ... sebelum tidur sapukan rambut anda dengan minyak bijan. Kemudian balutkan rambut anda dengan kain supaya tidak meninggalkan bau yang kurang menyenangkan pada bantal tidur anda.

Esoknya...cuci dan syampoo rambut seperti biasa. Bilas dan keringkan...kemudian ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaiton...gunakanlah sebagai perapi rambut. Untuk rambut yang lurus...rambut bolehlah terus disikat...tapi bagi mereka yang berambut kerinting sila tunggu sehingga rambut betul2 kering untuk mengelakkan rambut putus atau bercabang.

Selamat mencuba..


...

Saturday, December 19, 2009

Melicinkan kulit...






Alamak...besau pulak gambar tomato & apple ni...

Takpelah...

Okay...ini petua untuk melicinkan kulit. Caranya...

Ambil sebiji tomato atau epal yang cukup masak dan diblender...ambil isi tomato yang telah diblender...disapukan keseluruh wajah termasuk lah bahagian leher. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu dicuci dengan airsuam.

Amalkan selalu.

Hasilnya anak akan memiliki kulit wajah yang licin & bercahaya bak tomato...





...

Friday, December 11, 2009

Menghaluskan Wajah...



Telur & madu...adalah dua bahan yang berkhasiat dan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan...


Samada sebagai bahan makanan atau kecantikan.


Bagi mereka yang inginkan kulit wajah yang halus dan sentiasa lembab...cuba amalkan petua ini.


Ambil sebiji telur ayam kampung dan campurkan dengan satu camca besar madu. Campurkan hingga sebati kemudian sapukan ke seluruh wajah. Elakkan bahagian mata dan mulut.


Biarkan sebentar sehingga kering kemudian barulah dicuci.


Amalkanlah seminggu sekali dan kulit wajah anda tidak akan kekeringan lagi.



Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails