Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

Tuesday, November 06, 2012

Sukarnya Nak Kurus...!!

 Assalamualaikum...

Kepada pembaca setia... maaf lama sungguh tak mengupdate blog...

Buat masa sekarang laptop buat hal...jadi tak dapat nak mengadap blog selalu... ditambah dengan urusan yang bertimbun di rumah...

Okay.. ingin berkongsi sesuatu dgn sahabat dan pengunjung blog...

Ini adalah pengalaman ku...

Memang aku sentiasa menulis ttg pemakanan... tapi kadang kala nafsu mengatasi segalanya...

Memang sukar untuk menolak makanan2 kegemaran yang sudah berada di depan mata.  Dan bila dah mula menyuap... sukar pula untuk berhenti... kalau tak bertambah orang kata tak sah...

Jadi bila aku mula terasa badan dah mula meningkat... maka aku mula mencari masa untuk bersenam ataupun mengurangkan sesuatu dalam pemakanan...

Yang paling aku ingat..

Pernah terbaca dalam satu artikel dlm majalah...

Jika ingin berdiet atau mengurangkan berat badan... diet apakah yang perlu kita ikuti.

Ada orang mengawal berat badan dgn tidak langsung memakan nasi.,,cuma makan lauk ..roti dan beehoon





Aku dah buat cara mengawal berat badan ini... tapi aku tak tahan... perut yang dah biasa di isi dengan nasi rasa tak boleh bertahan ... menjelang petang... macam2 aku rasa... nak muntah... asyik bersendawa... badan rasa sungguh tak sihat...

Maka aku mengambil keputusan... apa yang perlu aku lakukan ialah mengurangkan pengambilan nasi...

Bermakna... separuh dari nasi yang aku makan selalu....

Dan apa yang paling mudah untuk kita ikuti ialah diet orang yang mengidap Diebetis...

Bermakna... kita mengurangkan pengambilan gula...





Minumlah air kosong... kalau minum teh pun kurangkanlah manisnya...

Kurangkan atau kalau boleh elakkan meminum air2 dalam tin... pasti ramai yang tahu air dalam tin mengandungi kadar gula yang tinggi...

Dan jangan lupa bersenam...

Dapat sehari dalam 20 minit pun Alhamdulillah...

Dan yang paling penting... niat dalam hati...

Kita kurus untuk apa...?  Untuk sihat?  Untuk menunjuk2...?  Untuk memakai baju2 yang seksi dan cantik? Atau untuk sihat dan untuk suami tercinta (bagi yang telah berkahwin)

Maka betulkan niat kita... Insyaallah .. Allah akan memakbulkan niat kita...

Apa jua yang kita lakukan... hendaklah berterusan... jangan cuba dlm seminggu dua... kita dah berputus asa...


Akhir sekali  selalulah makan buah delima (pomegranate) kerana ia dapat membantu menurunkan tekanan darah...menurunkan kadar kolesterol...utk jantung yang sihat... membantu untuk mencegah barah kolon... dan banyak lagi kebaikannya...

Jadi masukkanlah buah delima atau jus delima (dari sari buah sebenar tanpa gula)  dalam senarai belian anda setiap minggu....




Sekadar berkongsi.... 
 
...

Monday, March 28, 2011

Melulur Mencantikkan dan Menghaluskan Kulit...

Ramai orang tau apa itu yang dikatakan 'scrub' atau lulur...




Kenapa kita melakukan lulur  pada wajah dan tubuh kita...?



Sebab utamanya ialah.. supaya dengan cara ini kita dpt membersihkan lapisan sel-sel mati di kulit tubuh dan wajah.  Dengan demikian apa jua krim pembersih ... losyen dan rawatan yang kita lakukan pada wajah dan tubuh dengan mudah diserap oleh kulit dan lebih berkesan.

Memiliki tubuh berkulit halus dan mulus adalah idaman setiap wanita.

Wajah yang bersih juga mampu menjadi tatapan yang tidak jemu dimata sesiapa sahaja.

Untuk mendapatkan kedua2nya... kita haruslah berusaha.. melakukan pembersihan dan lulur pada wajah dan tubuh selalu

Pembersihan wajah wajib dilakukan setiap hati pagi dan malam...

Tak boleh malas... memang kena lakukan... kerana kalau kita malas... jangan mimpilah untuk mendapat wajah yang bersih dan berseri.

Tak kiralah apa jenis penjagaan wajah yang kita lakukan... yang penting ia sesuai untuk jenis kulit wajah kita.

Membersih... mengeton... dan melembap... 3 langkah wajib untuk wajah yang bersih ... sihat dan berseri...

Sesekali gunakan lulur dan masker pada muka.  Andainya wajah tidak bermasalah lakukan 3 minggu sekali...



Hasilnya... anda akan lihat setelah beberapa bulan mengamalkannya.. dan untuk jangkamaa panjang...jadikanlah ianya amalan... pasti wajah akan tetap bersih dan berseri walaupun usia sudah hampir separuh abad.

Untuk kulit tubuh yang halus dan mulus pula... jangan abaikan penggunaan lulur.

Manjakanlah diri anda sesekali di dalam bilik air .. pada hari cuti.

Pilihlah lulur yang banyak berada dipasaran sekarang... samada bertujuan untuk memutihkan... menenangkan atau apa saja mengikur kehendak anda.

5 langkah untuk melakukan 'body scrub' di tumah...

1....Sebaik sahaja selepas mandi... ambil body scrub yang secukupnya dan gosoklah secara merata ke bahagian tubuh...leher... dada ... lengan hingga ke kaki...

2...  Lakukan secara perlahan-lahan.  Lakukan dengan urutan melingkar.  Haruslah diingatkan... jangan lakukan secara kasar kerana ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan merosakkan permukaan kulit.

3... Ketika melakukan urutan tersebut... cubalah rasakan sensasi dan aroma yang ditimbulkan oleh scrub tersebut... pasti ianya menenangkan fikiran.

4.... Untuk mendapatkan hasil yang maksimum lakkan urutan berulang kali ... dan anda akan dpt perhatikan lulur yang digunakan akan bertukar warna... kalau sebelumnya putih pasti ianya tidak akan putih lagi

5.... Lakukan scrub pada seluruh bahagian badan mulai dari tangan... badan.. dan terus ke kaki.  Setelah selesai bilaslah tubuh dengan air hingga bersih.

Lakukan sekurang kurangnya 2 kali seminggu...

Untuk cantik... kita kena rajin... cantik bukan hanya pada wajah.. tapi ianya merangkumi semua... wajah.. tubuh... kulit... tingkah laku.. dan juga hati...





...

Saturday, March 12, 2011

Diet Kesihatan Kulit...



Untuk Kulit Halus...

- Makanlah buah-buahan dan sayuran yang bewarna oren, merah atau hijau tua seperti lobak merah... labu... sawi tomato dan bayam setiap hari..

Sayuran dan buah buahan yang bewarna ini mengandungi zat beta karotena iaitu sejenis antioksidan yang menghalang aktiviti sel radikal bebas..yang menyebabkan kulit cepat berkedut.

Beta karotena merangsang DNA yang menghasilkan sel sel kulit baru dan membuat kulit menjadi halus dan segar.




Untuk Mencegah Kulit Rosak...

-  bagi mendapatkan kulit yang sihat ...Pakar Pemakanan menyarankan supaya mengambil biji bunga matahari teh hijau dan coklat...

Biji bunga matahari mengandungi Vitamin E  yang boleh mengatasi reaksi radikal bebas dan juga melindungi kulit dari molekol2 perosak luaran yang disebabkan olen pencemaran udara.

Coklat dan teh hijau pula mengandungi poliphenol yang mampu melancarkan perjalanan darah pada kulit.

Makan sekurang2nya 1.5 auns dark chocolat ... 1 cawan teh hijau sehari dan jgn lupa jadikan kuaci biji matahari sebagai kudapan.

Untuk Keanjalan dan Kecerahan Kulit...

Terdapat banyak jenis sayuran dan buah buahan yang boleh membantu untuk mengekalkan kenajalan kulit dan mencerahkannya.

Antaranya ialah buah stroberi... oren .. lada benggala serta brokoli.  Sayuran dan buah2an ini mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi.  Vitamin C mampu untuk mengaktifkan sel pembuat kolagen.

Semakin bagus kualiti kolagen dalam tubuh badan kita kulit akan menjadi cerah dan anjal.

Buah buahan dan sayuran yang mengandungi Vitamin C ini boleh diambil seberapa banyak yang diinginkan setiap hari...



Dan akhir sekali yang paling penting ialah..JANGAN LUPA BERSENAM...

...kerana wajah yang kusam walau disolek dengan solekan mahal pun tidak dapat mengatasinya.
Bersenam memperbaiki sistem peredaran darah.  Bila sistem peredaran darah semakin bagus secara otomatik kulit akan dpt menyerap nutrisi yang cukup

Lakukan senaman sekurang2 nya 1 jam 2 kali seminggu. Amalan ini pasti dpt memelihara keanjalan kulit.





...

Monday, February 14, 2011

Petua Orang Lama...

Beras Pulut Haluskan Wajah...










Goreng beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan.  Kemudian dikisar halus dan kemudian campurkan bersama madu dan air perahan limau nipis.  Bancuh bahan2 hingga sebati .

Cuci wajah dengan air bersih dan lumur bancuhan tersebut pada keseluruhan wajah.  Biarkan selama 15 minit sebelum mencucinya...

Bahan campuran ini juga boleh digunakan untuk menghaluskan kulit tubuh....





...

Monday, June 21, 2010

Merawat Kulit Terbakar (Sunburn)

 Dah lebih sbulan tak menulis di sini...

Petua2 ini aku dapati dari majalah Rapi 2008...

Aku dah potong & simpan...jadi sebelum hilang keratan ini baik aku tuliskan di sini supaya pembaca2 yang rajin dtg ke blog ini mendapat manafaatnya...

Petua kali ini banyak berkisar ttg wajah...dan bahan2 yang digunakan adalah bahan2 yang biasa kita dapati di dapur.


Petua hari ini...

Merawat kulit yang terbakar (Sunburn)




Kalau dulu...masa muda2...aku suka kena sunburn...mesti pipi merah...cantik...tapi bila dah berusia kulit yang merah akan bertukar keperangan beberapa hari kemudian.

Bagi mereka yang terpaksa menjalankan aktiviti di tengah panas matahari...maka ini ada petua untuk anda yang terkena 'sunburn'

Ambil sebiji kentang...dicuci bersih kemudian dikukus hingga empuk/lembut.  Tak perlu membuang kulit kentang tersebut.

Selepas itu lenyek kentang tersebut hingga halus ...dan letakkan bancuhan ubi kentang itu pada kulit wajah yang terbakar...pasti anda akan merasa nyaman dan segar...

Selamat mencuba....








...

Saturday, May 15, 2010

Tips Tampil Cantik & Bertenaga...

Dari artikel yang aku ambil dari Majalah Jelita...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku suka tgk J-Lo...biarpun dah berusia 40an...masih cantik dan bertenaga...


Untuk tampil cantik dan bertenaga...

Lupakan usia sebenar...dan lakukan beberapa perubahan positif pada kehidupan, tabiat...dan tampil cantik serta tampak muda selalu...

Langkah2 yang mudah diikuti...


1...Duduk secara betul....

     ...duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan gambaran anda      berkeyakinan dan bertenaga.  Duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul  boleh menyebabkan sakit tulang belakang...ianya juga boleh membawa masalah pada paru-paru jantung dan buah pinggang.


2...Ambil berat kesihatan gigi...

    ...masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa.  Ia mencerminkan tabiat tidak peka pada penjagaan gigi.  Masalah gusi bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tapi ia juga memberi kesan pada imunisasi bagan.  Jadi beruslah gigi  sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi.  Jumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun

3...Ketawa Penawar Duka

     ...ketawa boleh meleraikan dan melegakan kekusutan.  Senyum dan ketawa boleh membuatkan seseorang awet muda dan nampak berseri. Pakar perubatan dan saikology berpendapat ketawa adalah penawar duka.  Ianya juga bertindak sebagai senaman dalam (internal exercise) yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.


4...Kerap Berjalan

    ...bersenam menyihatkan badan.  Amalan bersenam seperti berjalan membantu meningkatkan kesihatan jantung paru-paru dan peredaran darah.  Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan.  Berjalan 20 minit sehari tiga kali seminggu dapan membantu anda berasa cergas dan sihat dan mencantikkan kulit wajah.


5...Berhenti Merokok

...semua tau yang merokok adalah tidak elok untuk kesihatan.  Merokok juga mempercepatkan proses penuaan.  Namun ianya satu tabiat yang sukar diberhentikan.  Walaubagaimana pun jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri.  Rambut..baju...nafas juga tidak lagi berbau asap rokok...Yang pasti tanpa rokok hidup akan lebih sihat dan bertenaga.


6...Kurangkan Alkohol, Teh dan Kopi

 ..kurangkan pengambilan alkohol, kopi dan teh.  Apabila pengambilannya berlebihan ianya akan membuatkan kita kerap ke bilik air.  Amalan ini membuatkan kulit kering an mempercepatkan kesan garis penuaan, juga menyebabkan kulit bewarna kekuningan.  Kalau boleh cuba kurangkan pengambilan kopi hanya 3 cawan sehari.


7...Makanan berkhasiat

.....sercara purata berat badan wanita berumur lebih 35 tahun ialah 70gram setahun.  Dan mustahil untuk mencapai berat badan yang sempurna tanpa diet mendadak dan bersenam atau mengamalkan pemakanan seimbang.  Kurangkan makanan berlemak tetapi jgn tidak mengambilnya langsung kerana tubuh kita memerlukan kandungan lemak yang bertindak untuk meningkatkan penghasilan estrogen, iaitu bahan yang diperlukan untuk membuatkan wanita tampak muda.  Diet yang mendadap pada pertengahan usia boleh memudaratkan jasmani dan mental wanita.


8...Makanan tambahan

...ramai yang tidak mampu mengamalkan pemakanan seimbang.  Biarpun semua zat makan boleh diperolehi dari makanan yang diambil, kadangkala ianya tidak mencukupi.  Vitamin dan mineral juga penting sebagai makanan tambahan.  Untuk memudahkan pengambilannya, dapatkan yang berbentuk pil yang mengandungi 10-12 jenis mineral dan 11-12 jenis vitamin.


9...Tidur Yang Mencukupi

...seelok-eloknya seseorang itu memerlukan tidur lapan jam sehari.  Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya.  Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam, dan pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk...sembukanlah pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa....




...

Thursday, April 01, 2010

Cermin Berkilat...Kuku Cantik & Sihat.

Disebabkan lama tak update...aku nak update 2 petua sekali...tapi petua yang simple2 aje...pendek & simple...hehehe

Selalunya nak update ni pun ikut mood kan?  Selagi mood belum dtg nak update pun malas...


Agar Cermin Bersih Berkilat.


Ada orang menggunakan suratkhabar lama untuk mengilatkan atau membersihkan cermin.


Satu lagi petua agar cermin nampak bersih dan berkilat ialah dengan mencampurkan sedikit cuka pada air yang akan digunakan untuk membersihkan cermin.  Gunakan kain yang tidak berbulu...dan laplah dia permukaan cermin tersebut...Insyaallah cermin akan kelihatan berkilat tanpa ada sebarang habuk.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Menjadikan Kuku Cantik dan Sihat.


Kuku melambangkan tahap kebersihan seseorang.  Mereka yang berkuku panjang kotor...saat melihatnya pun kita sudah tau mereka itu pengotor.


Kalau boleh...kita yang sentiasa memasak di dapur janganlah menyimpan kuku yang panjang kerana sebagai orang Islam berkuku panjang tidaklah digalakkan.


Mereka yang berduit bolehlah pergi ke pusat2 manicure & pedicure untuk merawat kutu.


Tapi bagi kita yang tiada masa atau tiada peruntukan untuk semua itu...salah satu dari jalan yang mudah ialah dengan mencuba petua ini.




Cara pertama 


Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan ke atas kuku...boleh juga menggunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok kuku.  Selepas digosok biarkan selama 10-15min.  Kemudian bilaslah dan keringkan dengan tuala.  Lakukanlah sekurang-kurangnya 3 kali sebulan.  Kuku akan kelihatan bersinar berbanding biasa.


Cara kedua.


Jika tidak suka cara pertama ...boleh juga mengamalkan cara kedua.
Ambil sebiji lemon dan belah dua.  Perahkan jus lemon ke dalam seberkas air...dan rendamkan jari2 ke dalam air tersebut.   Kemudian gosokkan perlahan2 kulit lemon tersebut pada kuku .  Cara kedua ini hanya boleh dilakukan sesekali kerana ianya boleh menyebabkan kuku menjadi nipis.






Petua untuk kuku ini di ambil dari majalah MIDI..
Kiriman Puan Junaidah Husin , KL...





...

Thursday, December 31, 2009

Mencantikkan Rambut..





Semua orang ingin rambut yang cantik...selembut sutera serta mudah disikat..

Caranya...

Sekiranya anda bercadang untuk mencuci rambut keesokan harinya....

Malamnya ... sebelum tidur sapukan rambut anda dengan minyak bijan. Kemudian balutkan rambut anda dengan kain supaya tidak meninggalkan bau yang kurang menyenangkan pada bantal tidur anda.

Esoknya...cuci dan syampoo rambut seperti biasa. Bilas dan keringkan...kemudian ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaiton...gunakanlah sebagai perapi rambut. Untuk rambut yang lurus...rambut bolehlah terus disikat...tapi bagi mereka yang berambut kerinting sila tunggu sehingga rambut betul2 kering untuk mengelakkan rambut putus atau bercabang.

Selamat mencuba..


...

Friday, December 11, 2009

Menghaluskan Wajah...



Telur & madu...adalah dua bahan yang berkhasiat dan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan...


Samada sebagai bahan makanan atau kecantikan.


Bagi mereka yang inginkan kulit wajah yang halus dan sentiasa lembab...cuba amalkan petua ini.


Ambil sebiji telur ayam kampung dan campurkan dengan satu camca besar madu. Campurkan hingga sebati kemudian sapukan ke seluruh wajah. Elakkan bahagian mata dan mulut.


Biarkan sebentar sehingga kering kemudian barulah dicuci.


Amalkanlah seminggu sekali dan kulit wajah anda tidak akan kekeringan lagi.



Sunday, October 18, 2009

Memerahkan Bibir...





Bibir adalah salah satu aset wanita yang penting. Ianya merupakan tarikan pada diri seseorang. Setelah usia meningkat...bibir kadang2 kelihatan kusam dan pucat.


Untuk membuatkan bibir sentiasa kelihatan merah dan cantik...sapukan sedikit madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. Ataupun amalkan mengambil sedikit madu pada waktu pagi setiap hari.


Ingat...gunakan sudu plastik setiap kali mengambil madu atau ubat2 yang mengandungi madu...


Thursday, January 31, 2008

MENEGANGKAN PAYUDARA

Rendam suku mangkuk kacang hijau semalaman. Cuci bersih & kisar halus.

Cara menggunakannya ialah dengan menyapunya kacang hijau tersebut yang telah dicampur dengan sedikit air keseluruh payudara..kecuali bahagian puting yang ditutup dengan kapas basah. Kemudian tutup dengan kain bersih...biarkan kering. Kemudian bersihkan dengan air suam dan kemudian air sejuk...lakukan dua kali seminggu...

- petua dari Azlin Ismail, Pahang
MW

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails