Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, April 01, 2010

Cermin Berkilat...Kuku Cantik & Sihat.

Disebabkan lama tak update...aku nak update 2 petua sekali...tapi petua yang simple2 aje...pendek & simple...hehehe

Selalunya nak update ni pun ikut mood kan?  Selagi mood belum dtg nak update pun malas...


Agar Cermin Bersih Berkilat.


Ada orang menggunakan suratkhabar lama untuk mengilatkan atau membersihkan cermin.


Satu lagi petua agar cermin nampak bersih dan berkilat ialah dengan mencampurkan sedikit cuka pada air yang akan digunakan untuk membersihkan cermin.  Gunakan kain yang tidak berbulu...dan laplah dia permukaan cermin tersebut...Insyaallah cermin akan kelihatan berkilat tanpa ada sebarang habuk.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Menjadikan Kuku Cantik dan Sihat.


Kuku melambangkan tahap kebersihan seseorang.  Mereka yang berkuku panjang kotor...saat melihatnya pun kita sudah tau mereka itu pengotor.


Kalau boleh...kita yang sentiasa memasak di dapur janganlah menyimpan kuku yang panjang kerana sebagai orang Islam berkuku panjang tidaklah digalakkan.


Mereka yang berduit bolehlah pergi ke pusat2 manicure & pedicure untuk merawat kutu.


Tapi bagi kita yang tiada masa atau tiada peruntukan untuk semua itu...salah satu dari jalan yang mudah ialah dengan mencuba petua ini.




Cara pertama 


Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan ke atas kuku...boleh juga menggunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok kuku.  Selepas digosok biarkan selama 10-15min.  Kemudian bilaslah dan keringkan dengan tuala.  Lakukanlah sekurang-kurangnya 3 kali sebulan.  Kuku akan kelihatan bersinar berbanding biasa.


Cara kedua.


Jika tidak suka cara pertama ...boleh juga mengamalkan cara kedua.
Ambil sebiji lemon dan belah dua.  Perahkan jus lemon ke dalam seberkas air...dan rendamkan jari2 ke dalam air tersebut.   Kemudian gosokkan perlahan2 kulit lemon tersebut pada kuku .  Cara kedua ini hanya boleh dilakukan sesekali kerana ianya boleh menyebabkan kuku menjadi nipis.






Petua untuk kuku ini di ambil dari majalah MIDI..
Kiriman Puan Junaidah Husin , KL...





...

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails