Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, March 28, 2011

Melulur Mencantikkan dan Menghaluskan Kulit...

Ramai orang tau apa itu yang dikatakan 'scrub' atau lulur...




Kenapa kita melakukan lulur  pada wajah dan tubuh kita...?



Sebab utamanya ialah.. supaya dengan cara ini kita dpt membersihkan lapisan sel-sel mati di kulit tubuh dan wajah.  Dengan demikian apa jua krim pembersih ... losyen dan rawatan yang kita lakukan pada wajah dan tubuh dengan mudah diserap oleh kulit dan lebih berkesan.

Memiliki tubuh berkulit halus dan mulus adalah idaman setiap wanita.

Wajah yang bersih juga mampu menjadi tatapan yang tidak jemu dimata sesiapa sahaja.

Untuk mendapatkan kedua2nya... kita haruslah berusaha.. melakukan pembersihan dan lulur pada wajah dan tubuh selalu

Pembersihan wajah wajib dilakukan setiap hati pagi dan malam...

Tak boleh malas... memang kena lakukan... kerana kalau kita malas... jangan mimpilah untuk mendapat wajah yang bersih dan berseri.

Tak kiralah apa jenis penjagaan wajah yang kita lakukan... yang penting ia sesuai untuk jenis kulit wajah kita.

Membersih... mengeton... dan melembap... 3 langkah wajib untuk wajah yang bersih ... sihat dan berseri...

Sesekali gunakan lulur dan masker pada muka.  Andainya wajah tidak bermasalah lakukan 3 minggu sekali...



Hasilnya... anda akan lihat setelah beberapa bulan mengamalkannya.. dan untuk jangkamaa panjang...jadikanlah ianya amalan... pasti wajah akan tetap bersih dan berseri walaupun usia sudah hampir separuh abad.

Untuk kulit tubuh yang halus dan mulus pula... jangan abaikan penggunaan lulur.

Manjakanlah diri anda sesekali di dalam bilik air .. pada hari cuti.

Pilihlah lulur yang banyak berada dipasaran sekarang... samada bertujuan untuk memutihkan... menenangkan atau apa saja mengikur kehendak anda.

5 langkah untuk melakukan 'body scrub' di tumah...

1....Sebaik sahaja selepas mandi... ambil body scrub yang secukupnya dan gosoklah secara merata ke bahagian tubuh...leher... dada ... lengan hingga ke kaki...

2...  Lakukan secara perlahan-lahan.  Lakukan dengan urutan melingkar.  Haruslah diingatkan... jangan lakukan secara kasar kerana ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan merosakkan permukaan kulit.

3... Ketika melakukan urutan tersebut... cubalah rasakan sensasi dan aroma yang ditimbulkan oleh scrub tersebut... pasti ianya menenangkan fikiran.

4.... Untuk mendapatkan hasil yang maksimum lakkan urutan berulang kali ... dan anda akan dpt perhatikan lulur yang digunakan akan bertukar warna... kalau sebelumnya putih pasti ianya tidak akan putih lagi

5.... Lakukan scrub pada seluruh bahagian badan mulai dari tangan... badan.. dan terus ke kaki.  Setelah selesai bilaslah tubuh dengan air hingga bersih.

Lakukan sekurang kurangnya 2 kali seminggu...

Untuk cantik... kita kena rajin... cantik bukan hanya pada wajah.. tapi ianya merangkumi semua... wajah.. tubuh... kulit... tingkah laku.. dan juga hati...





...

Saturday, March 12, 2011

Diet Kesihatan Kulit...



Untuk Kulit Halus...

- Makanlah buah-buahan dan sayuran yang bewarna oren, merah atau hijau tua seperti lobak merah... labu... sawi tomato dan bayam setiap hari..

Sayuran dan buah buahan yang bewarna ini mengandungi zat beta karotena iaitu sejenis antioksidan yang menghalang aktiviti sel radikal bebas..yang menyebabkan kulit cepat berkedut.

Beta karotena merangsang DNA yang menghasilkan sel sel kulit baru dan membuat kulit menjadi halus dan segar.




Untuk Mencegah Kulit Rosak...

-  bagi mendapatkan kulit yang sihat ...Pakar Pemakanan menyarankan supaya mengambil biji bunga matahari teh hijau dan coklat...

Biji bunga matahari mengandungi Vitamin E  yang boleh mengatasi reaksi radikal bebas dan juga melindungi kulit dari molekol2 perosak luaran yang disebabkan olen pencemaran udara.

Coklat dan teh hijau pula mengandungi poliphenol yang mampu melancarkan perjalanan darah pada kulit.

Makan sekurang2nya 1.5 auns dark chocolat ... 1 cawan teh hijau sehari dan jgn lupa jadikan kuaci biji matahari sebagai kudapan.

Untuk Keanjalan dan Kecerahan Kulit...

Terdapat banyak jenis sayuran dan buah buahan yang boleh membantu untuk mengekalkan kenajalan kulit dan mencerahkannya.

Antaranya ialah buah stroberi... oren .. lada benggala serta brokoli.  Sayuran dan buah2an ini mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi.  Vitamin C mampu untuk mengaktifkan sel pembuat kolagen.

Semakin bagus kualiti kolagen dalam tubuh badan kita kulit akan menjadi cerah dan anjal.

Buah buahan dan sayuran yang mengandungi Vitamin C ini boleh diambil seberapa banyak yang diinginkan setiap hari...



Dan akhir sekali yang paling penting ialah..JANGAN LUPA BERSENAM...

...kerana wajah yang kusam walau disolek dengan solekan mahal pun tidak dapat mengatasinya.
Bersenam memperbaiki sistem peredaran darah.  Bila sistem peredaran darah semakin bagus secara otomatik kulit akan dpt menyerap nutrisi yang cukup

Lakukan senaman sekurang2 nya 1 jam 2 kali seminggu. Amalan ini pasti dpt memelihara keanjalan kulit.





...

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails