Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Petua di Dapur. Show all posts
Showing posts with label Petua di Dapur. Show all posts

Monday, February 15, 2010

Cili Mesin Tahan Lama...




Perasan atau tidak...selalunya mesin cili yang kita simpan dalam peti sejuk cepat berkulat.

Untuk mengelakkan cili mesin dari menjadi berkulat dan untuk menjadikannya tahan lama...cuba lakukan petua ini...

Semasa merebus cili pastikan yang air tersebut betul2 mendidih....barulah masukkan cili kering dan rebus sehingga lembut.

Kemudian cucit bersih dan mesin menggunakan air masak...

Sebelum menyimpannya dalam peti ais...letakan sedikit garam

Insyaallah cili tersebut akan jadi lebih tahan lama.

Selamat mencuba...


...

Monday, January 18, 2010

Melembutkan Ayam Kampung...



Ramai orang suka makan ayam kampung.

Ayam kampung memang sedap sebab dagingnya kenyal..tak lembik macam ayam bandar.

Satu masalahnya bila memasak ayam kampung ialah dagingnya begitu sukar untuk lembut atau empuk

Untuk membuatnya cepat empuk mudah aje.

Semasa menggulai ayam tersebut atau semasa memasaknya...biarkan ayam tu empuk dahulu sebelum memasukkan santan...asam...garam...atau aper juga perasa.  Didihkan biar empuk...dan sementara itu untuk mempercepatkan proses itu..masukkan sebatang sudu besi ke dalam periuk gulai ayam itu...atau...masukkan sedikit cuka ke dalam gulai itu.

Biarkan selama 10-15 minit...insyaallah daging ayam itu akan empuk...

Selamat Mencuba...
...

Tuesday, November 24, 2009

Mengilangkan kesan hangus...



Untuk menghilangkan kesan hangus pada periuk...masukkan sedikit serbuk penaik atau baking soda bersama sedikit air ke dalam periuk atau kuali yang hangus.


Biarkan beberapa jam ...dan kemudian bersihkan sedikit demi sedikit hingga bersih...

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails