Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, December 29, 2006

JIKA MATA TERPERCIK AIR CILI

Ada diantara kita amat menggemari sambal belacan. Dan tidak boleh dinafikan sambal belacan yang di tumbuk memang lebih enak. Sekiranya ketika sedang menumbuk cili ...air cili tersebut terpercik ke dalam mata...pergilah ke bilik air dan cuci ibu jari kaki. Sekiranya mata kanan yang kene...maka cuci lah ibu jari kaki kiri...dan jika mata kiri pula cucilah ibu jari kaki kanan. Ada juga orang menyarankan kita mengambil sedikit garam dan masukkan ke dalam mulut.

Insyaallah...selamat mencuba petua orang tua-tua ini...

MENGHILANGKAN PIJAR TANGAN

Ada diantara kita mudah merasa pijar pada tangan apabila kita memegang cili. Dulu tangan aku begitu sensitif pada cili....kalau makan makanan yang pedas2 pun tangan aku boleh pijar. Untuk menghilangkan rasa pijar tersebut gosokkan tangan dengan garam selama 1-2 minit. Gosoklah di sekeliling jari jemari. Kemudian bilaslah dengan air...Insyaallah rasa pijar akan hilang.

KHASIAT LEMON
















Mulakan hari anda dengan segelas air suam dan sehiris lemon bagi menggantikan secawan kopi atau teh.

Lemon membantu mencuci hati yang pada ketika itu fungsinya sangat aktif. Ia juga merangsang sistem pencernaan dan menjadikan anda lebih bertenaga. Ia juga berperanan membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin....

Monday, December 25, 2006

KURANGKAN BERAT BADAN

Aku pernah terbaca panduan untuk menurunkan berat badan. Memang kadang sukar untuk kita menurunkan berat badan lebih2 lagi bila usia dah meningkat. Berbagai faktor yang turut menyumbang kepada kesukaran tersebut. Adakalanya kita rasa seperti berputus asa dengan usaha-usaha yang kita lakukan selama ini. Melakukan pelbagai eksesais dan aerobik , berpeluh2 tapi masih turun sikit saja.

Kadang-kalau orang membuat persepsi bahawa orang-orang perempuan bimbang tentang berat badan kerana ingin cantik...sebenarnya itu adalah salah satu dari sebabnya tapi yang paling utama ialah kesihatan.

Di sini aku tuliskan sedikit panduan / tips yang ku baca untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan...

1. Tingkatkan pengetahuan tentang nutrisi makanan. Ambil tahu tentang 'piramid makanan' iaitu yang mana perlu kita ambil lebih dan yang mana perlu dikurangkan.

2. Jangan makan jika tidak berasa lapar. Ada kalanya kita makan kerana mengikut nafsu...atau merasa sayang pada makanan yang terbazir (aku selalu macam ni...sayangkan makanan yang tak habis tiap kali lepas makan).

3. Cuba makan buah untuk sarapan. Kerana buah kaya dengan serat untuk penghadaman. Dulu aku sekeluarga sering makan sarapan berat. Nasi goreng, mee goreng dan segala macam goreng. Tapi bila suami takde aku lebih suka sarapan dengan bijirin. Ini adalah salah satu cara untuk menambah pengambilan serat yang memang kita tau baik untuk tubuh. Cuma pastikan makan bijirin dengan susu rendah lemak.

4. Ucapkan Selamat Tinggal pada restoran makanan segera. Restoran makanan segera selalunya menyediakan makanan bergoreng yang kaya dengan lemak. Jadi seandainya anak2 beriya-iya benar untuk makan di Restoran makanan segera (memang kegemaran anak2)...maka kita boleh membuat pilihan untuk memesan salad sebagai menu kita.

5. Kalau pergi membeli belah...pergilah kebahagian menjual buah-buahan atau sayur-sayuran. Melihat pada sayur2 segar dan buah2an yang beranika macam pasti merangsang kita untuk membeli dan menjadikan ia salah satu sumber utama pemakanan....

KESAN JERAWAT

Untuk menghilangkan kesan jerawat diwajah. Ambil seberapa banyak kulit timun dan di kisar hingga halus. Pupurkan bahan tadi pada wajah dan biarkan setengan jam sebelum dibersihkan. Amalkan setiap hari agar kesan jerawat menjadi kurang.

Semoga mendapat hasil yang memuaskan....

UNTUK DARAH TINGGI

Ambil beberapa batang serai ...ketuk dan rebus bersama 4 mangkuk air, renihkan selhingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan minum air rebusan tersebut dua kali sehari...Insyaallah...penyakit darah tinggi akan turun..

Selain dari itu amalkan memakan ulam-ulaman seperti Daun Tenggek Burung & Saderi. Bagi mereka yang tahan kepada rasa pahit yang amat sangat boleh lah amalkan meminum air batang bakawali. Ambil beberapa batang akar bakawali tersebut dihiris halus, keringkan dan simpan. Seminggu sekali ambil dalam segenggam akar bakawali yang dikeringkan itu dan rebus bersama sedikit air. Minum dan amalkan selalu...insyaallah tekanan darah tinggi akan berkurangan.

Saturday, December 23, 2006

KULIT MUKA CERAH & BERSIH

Ambil sebiji ubi kentang yang telah dikupas kulitnya. Cuci bersih, potong kecil-kecil dan kisar halus. Campurkan dengan sedikit susu tepung dan gaul untuk dijadikan masker. Pupurkan pada wajah 2 kali sehari pagi & malam selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam dan kemudian dengan air sejuk.

Lakukan seminggu 2 kali dan Insyaallah wajah akan cerah dan berseri...


- petua dari Kamsiah, Selangor....MW

MENGHILANGKAN JERAGAT

Masalah jeragat memang menjadi masalah pada wanita yang telah meningkat usia. Untuk mengatasinya...ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan sedikit air..agar menjadi satu sebatian...

Sapukan pada muka yang bermasalah selama 15 minit...Kemudian cuci muka dengan air suam. Lakukan beberapa kali untuk beberapa hari. Ianya juga dapat menaikkan seri wajah....

- petua adalah dari Puan Nor Fauziah, Perak....Mingguan Wanita

PETUA DAN PANDUAN

Aku memang suka mengumpul segala panduan dan petua orang tua-tua. Arwah mak dulu memang rajin mengumpul petua-petua ...apa saja petua yang dibaca atau didengar yang boleh memberi manafaat akan ditulis di dalam sebuah buku kecil. Arwah mak bukan saja mengumpul petua malah dia mengamalkannya juga.

Pernah satu ketika aku terjumpa timun yang sudah siap diparut disimpam di dalam petisejuk lalu bertanya pada mak....timun tu untuk disapu pada wajah untuk menyegarkan kulit muka...ala-ala masker gitu...

Di sebabkan kertas-kertas petua yang aku kumpul dah mula bersepah-sepah...maka aku mengambil keputusan untuk menulisnya di sini supaya dpt juga kita sama-sama memanafaatkannya.....

Adalah diingatkan bahawa segala petua tidak akan menampakkan hasil jika tidak dilakukan selalu....

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails