Panduan ini diambil dari Majalah Rapi...
Ianya sesuatu yang amat penting untuk kesihatan Wanita.
4 Tanda-tanda awal atau simptom yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sila dapatkan pemeriksaan lanjut dari doktor.
Pertama :
Keputihan yang berlebihan.
Walaupun keputihan ada banyak jenis...bukan semua menunjukkan kita sihat. Ada yang terjadi kerana jangkitan bakteria. Keputihan yang menyebabkan kegatalan dan bau yang kurang enak patut diberikan perhatian. Anda mungkin dijangkiti penyakit kelamin. Biasanya antibiotik dapat mengurangkan masalah ini...namun dapatkan nasihat ahli farmasi tentang cara cara lanjut merawat keputihan.
Kedua :
Rasa sakit ketika melakukan seks
Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks mungkin menandakan anda dijangkiti radang pelvik. Atau mungkin anda mangsa penyakit kelamin 'chlamydia'. Jangan biarkan ianya tanpa rawatan...jgn anggap ianya sesuatu yang remeh kerana ia boleh menjejaskan kesuburan. Dapatkanlah rawatan doktor segera.
Ketiga :
Pedih Ketika Membuang Air
Ini menandakan anda mengalami jangkitan pundi kencing atau 'cystitis' . Selain dari itu air kencing berbau busuk dan adakalanya mengandungi sedikit darah...namun ianya mudah dirawat. Ada yang boleh sembuh dalam masa 24 jam dengan mengunakan antibiotik. Untuk mengelakannya dari berulang...amalkan meminum jus cranberi pada setiap pagi dan mengambil cukup air putih dalam sehari.
Keempat.
Usus Berdarah
Ia mungkin akibar dari bukaan anus. Namun ianya normal dan boleh sembuh dengan sendiri selepas beberapa hari. Tapi jika kuantiti darah terlalu banya...mungkin petanda awal anda diserang buasir. Sebagai penawarnya...minumlah banyak air dan ambil makanan berserat..khususnya buah-buahan dan sayur yang mencukupi. Jika langkah-langkah tersebut telah diambi tapi ianya masih berlarutan sila berjumpa doktor dengan segera...
'Tubuh yang sihat adalah harta yang tidak ternilai....'
...
Blog ini wujud kerana aku ingin berkongsi segala petua dan panduan yang aku kumpul dan baca selama ini agar dapat memberi manafaat untuk kita semua...
Klik Klik Sini Dear...!!
Thursday, June 24, 2010
Monday, June 21, 2010
Merawat Kulit Terbakar (Sunburn)
Dah lebih sbulan tak menulis di sini...
Petua2 ini aku dapati dari majalah Rapi 2008...
Aku dah potong & simpan...jadi sebelum hilang keratan ini baik aku tuliskan di sini supaya pembaca2 yang rajin dtg ke blog ini mendapat manafaatnya...
Petua kali ini banyak berkisar ttg wajah...dan bahan2 yang digunakan adalah bahan2 yang biasa kita dapati di dapur.
Petua hari ini...
Merawat kulit yang terbakar (Sunburn)
Kalau dulu...masa muda2...aku suka kena sunburn...mesti pipi merah...cantik...tapi bila dah berusia kulit yang merah akan bertukar keperangan beberapa hari kemudian.
Bagi mereka yang terpaksa menjalankan aktiviti di tengah panas matahari...maka ini ada petua untuk anda yang terkena 'sunburn'
Ambil sebiji kentang...dicuci bersih kemudian dikukus hingga empuk/lembut. Tak perlu membuang kulit kentang tersebut.
Selepas itu lenyek kentang tersebut hingga halus ...dan letakkan bancuhan ubi kentang itu pada kulit wajah yang terbakar...pasti anda akan merasa nyaman dan segar...
Selamat mencuba....

Subscribe to:
Posts (Atom)