Petua ini dilakukan oleh arwah mak aku ketika aku di dalam pantang bersalin...
40 hari melakukannya...
Dan ...Alhamdulillah petua ini berkesan...
Ianya juga boleh dilakukan oleh mereka yang berperut buncit...
Ambil sedikit bedak sejuk... sedikit kapur sirih dan perahkan sedikit air perahan limau purut.
Gaul semua bahan tadi dan kemudian lumurkan pada perut... biarkan kering seketia kemudian ikat dengan sehelai kain atau bengkung.
Untuk mereka yang berada di dalam pantang... boleh melakukannya pagi dan petang...
Tapi bagi yang tidak ... boleh lakukannya sebelum tidur malam...
Jangan gunakan kapur sirih yang berlebihan kerana ianya akan membuatkan perut terasa panas...
Selamat Mencuba...
...