Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, January 30, 2007

KIWI KAYA KHASIAT

Buah kiwi merupakan buah mengandungi banyak khasiat. Ia mengandundi sumber yang paling mewah dengan vitamin E yang jarang boleh didapati daripada lain-lain jenis buah-buahan. Kandungan vitamin E di di dalamnya 2 kali ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan buah avocado.

Vitamin E penting untuk mengekalkan kesihatan badan dan membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Sebiji buah kiwi juga mengandungi 17 kali lebih banyak Vitamin C berbanding epal, 2 kali lebih banyak dari oren dan lemon.

Vitamin C membantu mengelakkan batuk dan selsema serta meredakan ketegangan. Selain dari pada itu kiwi juga mengandungi magnesum, kalsium dan fosforas. Ia juga sumber serat yang terbaik.

6 comments:

v85cb_abdul said...

Anie, assalamu'alaikum wrwb / salam sejahtera..... terima kasih atas penerangan khahsiat "kiwi" serta kandungan vitamin di dalamnya E n C. Saya ingin mengongsikan pengalaman memakan buah kiwi..... kiwi boleh (dengan izin Allah) menyembuhkan penyakit / sakit-sakit sendi (bunga2 gauot), ini saya alami sendiri beberapa tahun dahulu saya sering sakit di bahagian tumit pada waktu bangun tidur, saya pikir ini keadaan biasa, saya menyangka mungkin akibat saya banyak berdiri dan berjalan sewaktu menjalankan tugas, (mulanya saya beli "tilam" tambahan untuk kasut saya - tidak berkesan. Suatu hari saya terdengar rakan bercerita masalah yang sama saya hidapi, dia memakan buah kiwi (nasihat kawannya juga), sekitar 3 biji sehari selama beberapa minggu. Kawan tadi mencuba cadangan berkenaan dan sangat berkesan. Saya pun turut sama mencuba, al-hamdulillah berkat usaha dan ikhtiar, mungkin jua serasi dengan jenis darah saya "O", saya sehingga sekarang tidak lagi mengalami sakit di bahagian tumit berkenaan. Saya mengamalkan 8 - 15 biji seminggu. Di samping itu penghadaman pun - lawas. al-hamdulillah, Allah maha kaya. Kiwi sangat mahal di tempat kami sekitar B$0.80 sebiji (jenis yang baik / kalau bukan musim - kurang di pasaran). Disamping itu jangan lupa jua taat kepada pantang larang penyakit berkenaan (kurangkan makan kekacang dan sebagainya lagi....). terima kasih semoga menjadi amal jariah yang empunya / yang mewariskan nasihat ini. insya Allah.


awhms.byte.el.mawadda.nbd

kak anie said...

Salam...terima kasih kerana berkongsi apa yang kita tau...saya amat menghargainya. Saya rasa buah kiwi di Malaysia pun mahal juga...sebab tulah ianya jarang dijadikan amalan.

Lacrymossa.. said...

salam..sy juga mengamalkan makan buah kiwi ni stiap hari. Tapi sy beli d carefour sebiji RM2..lepas tu bila makan sebiji rasa nak lagi..sekali makan sy rsa smpai 3-4 bji. tp tu la..buah ni mahal..

Lacrymossa.. said...

salam..sy juga mengamalkan makan buah kiwi ni stiap hari. Tapi sy beli d carefour sebiji RM2..lepas tu bila makan sebiji rasa nak lagi..sekali makan sy rsa smpai 3-4 bji. tp tu la..buah ni mahal..

Anonymous said...

biasalah..benda yang mahal mesti khasiatnya lebih..

info Kesehatan said...

Great post. I was checking continuously this blog and I�m impressed! Extremely helpful info specially the last part I care for such information a lot. I was seeking this certain information for a very long time. Thank you and best of luck.

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails