Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, January 31, 2010

Tip Utk Menjaga Metabolisme Badan...




Badan cepat lenguh..penat..sakit-sakit sejak kebelakangan ini?

Ini adalah kerana bila usia meningkat...kita mengalami penurunan metabolisme yang drastik...

Untuk menyegarkan semula tubuh badan...cuba lakukan tips2 berikut  :


1...JAGA POLA PEMAKANAN




....Makanlah dengan teratur...pagi, tengahari dan malam.  Sarapan adalah penting...jgn cuba untuk menghindari sarapan kerana sarapan adalah perkara paling utama untuk meningkatkan metabolisme tubuh kita.


Cuba minum susu ataupun jugs buah-buahan untuk memulakan hari tersebut. 


Makan tengari jugak penting...untuk tenaga...tapi seboleh2nya...hindarilah makan segera...kerana ianya mengandungi banyak lemak dan perasa...



2...PENUHI KEPERLUAN TIDUR







Paling kurang...kita memerlukan tidur 6 jam sehari.  Jika tidak dpt dipenuhi cuba beristirehat pada siang hari sebentar.


Tidak cukup tidur membuatkan kita cepat marah letih dan kurang tumpuan.


3...CUBA TANGANI STRESS







...Stress boleh menjadi salah satu sebab mengapa metabolisme badan kita menjadi lemah dan rendah.
Stress jugak membuatkan penyakit senang menghidapi tubuh kita...dan melambatkan proses penyembuhan.


Cuba luangkan masa bersama sahabat dan berbincang ttg tekanan yang sedang dihadapi dan cuba berehat di tempat kegemaran anda.



4...RAJIN BERSENAM



...Senaman yang teratur membuatkan tubuh badan kita menjadi segar.  Lakukan senaman ringan seperti jogging..berbasikal bersama rakan...suami atau isteri.


Lakukan senaman dengan perasaan ceria dan gembira...kerana kalau melakukannya secara terpaksa ianya tidak akan mendatangkan hasil.



5...BANYAKAN MINUM AIR.



...Tip ini memang selalu kita dengar...Minum air kosong sekurang2nya 8 gelas sehari.  Ianya mengatur suhu badan, aliran darah dan menyebarkan gizi di seluruh badan.


Jadi tidak akan rugi membiasakan diri meminum air kosong setiap hari seperti yang disarankan...




p/s....Sumber tulisan dipetik dari Majalah MIDI...

...

Thursday, January 21, 2010

Jambu Batu turunkan Kolesterol...



Jambu batu memang sedap...saya suka...sebab ianya rangup...kalau yang dah lembik...hmmm...tak suka...tak sedap...!!

Tau tak yang jambu batu ni mengandungi pektin atau serabut larut yang boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam darah terutamanya kolesterol yang tidak baik iaitu LDL.......

Hmmm...sekarang ni...ramai orang yang mempunyai kolesterol yang tinggi...

Jadi...selalulah makan jambu batu untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah...selain dari itu...jambu batu juga mengandungi vitamin C, B dan tanin....

Tapi...orang perempuan tidak digalakkan sgt memakan jambu batu kerana ia boleh menyebabkan rahim kembang dan banyak air...


...

Monday, January 18, 2010

Melembutkan Ayam Kampung...



Ramai orang suka makan ayam kampung.

Ayam kampung memang sedap sebab dagingnya kenyal..tak lembik macam ayam bandar.

Satu masalahnya bila memasak ayam kampung ialah dagingnya begitu sukar untuk lembut atau empuk

Untuk membuatnya cepat empuk mudah aje.

Semasa menggulai ayam tersebut atau semasa memasaknya...biarkan ayam tu empuk dahulu sebelum memasukkan santan...asam...garam...atau aper juga perasa.  Didihkan biar empuk...dan sementara itu untuk mempercepatkan proses itu..masukkan sebatang sudu besi ke dalam periuk gulai ayam itu...atau...masukkan sedikit cuka ke dalam gulai itu.

Biarkan selama 10-15 minit...insyaallah daging ayam itu akan empuk...

Selamat Mencuba...
...

Sunday, January 10, 2010

Membersihkan Tanda Minyak Pada Pakaian...


Membersihkan pakaian dari bekas terkena sambal atau kari. Bagi kotoran yang berminyak memang sukar untuk dihilangkan. Mungkin warna tersebut boleh hilang...tapi tanda minyak akan tinggal.
Untuk memudahkan cucian pada pakaian yang terkena kari atau sambal...cuba petua ini.
Sebelum pakaian tersebut dicuci...ambil bedak talkum...dan sapukan pada tompokan minyak tersebut. Kemudian barulah baju itu dicuci seperti biasa...kalau boleh pada tompokan tersebut gonyohkan dengan sabun wangi...kotoran itu akan hilang dengan mudah.
Selamat mencuba....
...

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails