Rozitah Che'Wan...yg memang terkenal dgn kecantikan semulajadinya...
Di sini aku tuliskan 6 tips untuk mendapatkan kulit wajah yang kekal cerah dan sekata.
Kadangkala...puas kita mencari kesilapan pada produk penjagaan wajah yang kita gunakan..Sibuk pula kita memikirkan kenapa wajah tetap kusam...masih gelap dan warna tidak sekata.
Jika kita telah bertemu dengan produk muka yang sesuai dengan wajah kita...cuba ikuti tips di bawah ini untuk mendapatkan kesan yang lebih memuaskan.
1...Sentiasa gunakan krim penghadang matahari (Sunblock Cream) sekurang-kurangnya SPF15...setiap hari. Walaupun ketika cuaca mendung dan juga ketika berada di dalam rumah kerana sina UV tetap akan dpt menembusi ke dalam rumah melalui tingkap kaca.
2. Sapukan kerim penghadang matahari selepas setiap 2 -3 jam jika kita sentiasa berjemur untuk perlindungan yang lebih berkesan.
3. Elakkan dari berjemur di bawah panas matahari walaupun kita menggunakan krim penghadang matahari. Jika cuaca terlalu panas...gunakan payung untuk mengelakkan panahan sinar matahari terus pada wajah.
4. Jangan merokok..amalkan diet yang seimbang, kurangkan stress dan tidur mengikut waktu sekurang2nya 6 jam sehari. Kerana perkara2 tersebut boleh menyumbang kepada terbentuknya radikal bebas di dalam tubuh yang berlebihan. Dan ini akan menggalakkan penghasilan melanin yang berlebihan.
5. Dapatkan raawatan wajah sekurang-kurangnya 1 kali sebulan untuk memperbaiki peredaran darah pada wajah dan pembuangan sel kulit mati serta toksin.
6. Dan akhir sekali..walau bagaimana letih sekalipun kita...jangan lupa untuk mencuci wajah setiap malam...& .ingatlah bahawa tiada produk pencerah yang akan berkesan tanpa krim penghadang matahari (Sunblock Cream)
Kalau nak kulit cantik...jangan lupa pada tips2 di atas.
...