Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, May 15, 2010

Tips Tampil Cantik & Bertenaga...

Dari artikel yang aku ambil dari Majalah Jelita...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku suka tgk J-Lo...biarpun dah berusia 40an...masih cantik dan bertenaga...


Untuk tampil cantik dan bertenaga...

Lupakan usia sebenar...dan lakukan beberapa perubahan positif pada kehidupan, tabiat...dan tampil cantik serta tampak muda selalu...

Langkah2 yang mudah diikuti...


1...Duduk secara betul....

     ...duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan gambaran anda      berkeyakinan dan bertenaga.  Duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul  boleh menyebabkan sakit tulang belakang...ianya juga boleh membawa masalah pada paru-paru jantung dan buah pinggang.


2...Ambil berat kesihatan gigi...

    ...masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa.  Ia mencerminkan tabiat tidak peka pada penjagaan gigi.  Masalah gusi bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tapi ia juga memberi kesan pada imunisasi bagan.  Jadi beruslah gigi  sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi.  Jumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun

3...Ketawa Penawar Duka

     ...ketawa boleh meleraikan dan melegakan kekusutan.  Senyum dan ketawa boleh membuatkan seseorang awet muda dan nampak berseri. Pakar perubatan dan saikology berpendapat ketawa adalah penawar duka.  Ianya juga bertindak sebagai senaman dalam (internal exercise) yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.


4...Kerap Berjalan

    ...bersenam menyihatkan badan.  Amalan bersenam seperti berjalan membantu meningkatkan kesihatan jantung paru-paru dan peredaran darah.  Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan.  Berjalan 20 minit sehari tiga kali seminggu dapan membantu anda berasa cergas dan sihat dan mencantikkan kulit wajah.


5...Berhenti Merokok

...semua tau yang merokok adalah tidak elok untuk kesihatan.  Merokok juga mempercepatkan proses penuaan.  Namun ianya satu tabiat yang sukar diberhentikan.  Walaubagaimana pun jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri.  Rambut..baju...nafas juga tidak lagi berbau asap rokok...Yang pasti tanpa rokok hidup akan lebih sihat dan bertenaga.


6...Kurangkan Alkohol, Teh dan Kopi

 ..kurangkan pengambilan alkohol, kopi dan teh.  Apabila pengambilannya berlebihan ianya akan membuatkan kita kerap ke bilik air.  Amalan ini membuatkan kulit kering an mempercepatkan kesan garis penuaan, juga menyebabkan kulit bewarna kekuningan.  Kalau boleh cuba kurangkan pengambilan kopi hanya 3 cawan sehari.


7...Makanan berkhasiat

.....sercara purata berat badan wanita berumur lebih 35 tahun ialah 70gram setahun.  Dan mustahil untuk mencapai berat badan yang sempurna tanpa diet mendadak dan bersenam atau mengamalkan pemakanan seimbang.  Kurangkan makanan berlemak tetapi jgn tidak mengambilnya langsung kerana tubuh kita memerlukan kandungan lemak yang bertindak untuk meningkatkan penghasilan estrogen, iaitu bahan yang diperlukan untuk membuatkan wanita tampak muda.  Diet yang mendadap pada pertengahan usia boleh memudaratkan jasmani dan mental wanita.


8...Makanan tambahan

...ramai yang tidak mampu mengamalkan pemakanan seimbang.  Biarpun semua zat makan boleh diperolehi dari makanan yang diambil, kadangkala ianya tidak mencukupi.  Vitamin dan mineral juga penting sebagai makanan tambahan.  Untuk memudahkan pengambilannya, dapatkan yang berbentuk pil yang mengandungi 10-12 jenis mineral dan 11-12 jenis vitamin.


9...Tidur Yang Mencukupi

...seelok-eloknya seseorang itu memerlukan tidur lapan jam sehari.  Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya.  Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam, dan pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk...sembukanlah pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa....




...

3 comments:

AtieSalehah said...

niceee...akan dipraktikkan..tapi betulla..kalau sentiasa happy, muka pun nampak muda....

aNIe said...

Atie...hati kena tenang...kalau tak muka serabai je...hahaha

Angin Selat Melaka said...

wah...pndai u pilih layout blog u nie. crantik...

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails