Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, March 06, 2010

Mengurangkan Bau Badan...



Bau badan seseorang berlainan di antara satu sama lain.  Ada yang tiada mempunyai bau badan...tapi ada juga yang mempunyai bau badan yang kuat dan mengganggu mereka yang berada di sekeliling mereka.

Antara sebab bau badan ialah mereka cepat berpeluh dan peluh itu bertindak dengan dengan bakteria menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.

Tempat yang paling kuat mengeluarkan bau badan ialah di bahagian bawah lengan.

Untuk mengurangkan bau di bahagian tersebut...

Kerapklah mandi...dan menyental bahagian bawah lengan.  Bagi mereka yang mempunyai rerambut di bahagian bawah lengan...sila bersihkan rerambut kerana rerambut tersebutlah yang memerangkap bau tersebut.

Jika bawah lengan telah bersih dari rerambut...sentallah semasa mandi...dan gunakan deoderant yang sesuai.  Jangan menggunakan deoderant yang mengandungi pewangi kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan bila wangian tersebut bercampur dengan bau peluh.

Kalau mengikut petua orang-orang lama....menyental bawah lengan dengan hirisan limau nipis atau limau kasturi banyak membantu menghilangkan bau.

Kemudian jadikanlah kulit limau kasturi sebagai ulam.  Dihiris nipis2 dan dimakan sebagai ulam harian.

Satu lagi petua orang tua2 ialah...

Semasa mandi...gosokkanlah bawah lengan tersebut di kepala lutut...sambil berselawat.

Lakukan setiap hari...Insyaallah bau tersebut akan hilang.

Janganlah mengamalkannya sehari dua dan mengharapkan kesannya....

Teruskan mencuba...

Kerana bau badan adalah sesuatu yang sensitif...adakalanya teman rapat sendiri pun tidak akan menegur bau tersebut di hadapan kita...

Jadi segala2nya adalah atas kesedaran kita sendiri....





Limau kasturi

...

3 comments:

Anonymous said...

I am able to make link exchange with HIGH pr pages on related keywords like [url=http://www.usainstantpayday.com]bad credit loans[/url] and other financial keywords.
My web page is www.usainstantpayday.com

If your page is important contact me.
please only good pages, wih PR>2 and related to financial keywords
Thanks
Seenonerevomb

Anonymous said...

It's so easy to choose high quality [url=http://www.euroreplicawatches.com/]replica watches[/url] online: [url=http://www.euroreplicawatches.com/mens-swiss-watches-rolex/]Rolex replica[/url], [url=http://www.euroreplicawatches.com/mens-swiss-watches-breitling/]Breitling replica[/url], Chanel replica or any other watch from the widest variety of models and brands.

Anonymous said...

Thankz

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails