Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, April 03, 2012

Amalan Diet...



Amalan Diet Dari Muda Sampai Tua...

Rasanya dah banyak kali bercerita pasal diet dalam blog ni kan?

Tapi rasanya itulah topik yang sering dibincangkan oleh gadis2 atau wanita2 tidak kita tua atau muda.

Berdiet bukan saja untuk kekal langsing... tapi yang penting ialah sihat.

Bila kita menjaga pemakanan kita... maka Insyaallah tubuh badan akan sihat.

Apabila kita mula membuat keputusan untuk berdiet maka kita haruslah... :




... Pastikan... betapa terujanya kita untuk kurus namun kita mestilah memastikan kita tidak melakukannya      dengan begitu drastik sekali.  Perlu diingatkan... kalau boleh 1 kg seminggu itu sedah memadai.

... Makan cuma apabila perut terasa lapar... dan bukan mengikut nafsu

... Gunakan pinggan yang lebih kecil dari dahulu... tapi jgnlah terlampau kecil sebab nanti kita akan bertambah    berkali2... sehingga tak perasan.

... Jangan makan sebelum lapar...

... Kalau perut terasa lapar... jgn makan jajan yang bergoreng... tapi makanlah buah2an sebagai alas perut..

... Kalau dahulu... dalam pinggan makan... 50% nasi... 30% daging atau ikan... 20% sayur... maka tukarlah corak pemakanan itu... jadikan hanya 25% nasi... 25% lauk dan 50% sayur...



... Sayur-sayuran lebih baik dimakan mentah...seperti tomato... lobak merah... timun...salad ..dan ulam ulaman untuk mengelakkan penggunaan minyak.

... Bila makan salad  .. gunakan hanya sedikit dressing... kerana selalunya mayonis dan dressing salad mengandungi bahan2 yang menggemukkan


... Bila keluar makan buffet... mulakan dengan mengambil salad dan sup dahulu.. ini dpt mengelakkan kita dari mengambil 'main course' dgn jumlah yang banyak...

... Makanan hendaklah dikunyah dgn perlahan... 

... Elakkan dari mengambil 'snack' atau jajan ketika sedang lapar...kerana nanti kita akan mengambilnya dgn jumlah yang berlebihan..

... Elakkan dari membeli goreng pisang... keropok lekor... char kueh teow kerana ia mengandungi kalori yang tinggi

... Ingat kata kata Rasulullah... 'Makan bila lapar... dan berhenti sebelum kenyang'









...

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails