Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, November 23, 2011

Fakta Tentang Buah Buahan...

Kenapa sukar untuk makan buah-buahan...?

Aku adalah antara mereka yang jarang makan buah buahan.

Kadang2 buah2 yang di dalam peti sejuk kecut begitu saja...

Tapi bila membaca artikel ini...mungkin kita akan merubah cara hidup kita dengan melebihkan buah-buahan dalam diet seharian.

Tak perlu lah makan banyak...cuku untuk 1 biji sehari sebagai permulaan...


Buah Pir (Pear) - bersaiz medium



Buah pir adalah antara buah yang menganduingi serta boleh larut yang tinggi.  Ianya baik untuk membantu mengurangkan kadar kolesterol dan kandungan gula yang berlebihan dalam darah.


Buah Delima - bersaiz medium

Buah delima kaya dengan anti radang yang dapat membantu salur darah.  Ia juga membantu merangsang pengeluaran kolagen oleh kulit.


Buah Epal - sebiji bersaiz medium


Sebiji buah epal mengandungi bahan antioksidan pada kulit buah tersebut.  Ia membantu melindungi sel otan dan membantu mencegah gejala Alzheimer's


Oren - sebiji bersaiz medium



Kandungan Vitamin C yang kaya dalam sebiji oren dapat membekalkan 100% keperluan vitamin C yang diperlukan sebagai pemangin imunisasi tubuh.


Kranberi (secawan kecil)


Buah kranberi mengandungi nutrisi hebat iaitu polyphenols yang dipercayai  antioksidan yang paling tinggi dan baik untuk kesihatan jantung berbanding buah dan sayuran yang lain.


Limau Gedang - Grapefruit (sepotong besar)



Memula tak tau apa tu limau gedang tapi bila google rupanya buah grapefruit.  Buah ini mengandungi nutrisi hebat iaitu lycopene.  Anda mempun memperolehi 4mg agen penentang kanser bagi setiap sebiji buah ini.  Ianya sama banyak dengan nutrisi yang terkandung di dalam tomato.. 

Banyak lagi khasiat limau gedang ni... sila baca di sini  untuk maklumat lebih lanjut.





..

Sunday, October 16, 2011

Ada Masalah dgn Gambar...

Pada pengunjung yang selalu ke blog ini...maaf ada kesilapan teknikal berlaku... gambar2 banyak yang dah hilang...

Aku akan menyelesaikan masalah ini dalam beberapa hari lagi...

Terima kasih kerana masih berkunjung ke blog yang dalam lama aku tak update ni...

Hehehe...



...

Monday, May 23, 2011

Kawal Amaun Makanan...



Untuk mengawal berat badan... maka kita wajib mengawal amaun makanan yang kita makan.

Begitu juga dengan pengambilan kalori makanan.


Tips untuk mengawal amaun makanan ketika makan...

*      Sewaktu menyediakan atau menyeduk makanan...gunakan peralatan yang bersaiz normal atau kecil

*      Sedaya upaya cuba elakkan santapan berbentuk bufet yg byk menghidangkan pebagai jenis makanan.

*      Pilih hidangan dari set menu atau hidangan saiz kecil

*      Elakkan menambah makanan walaupun hidangan itu sedap

*      Ambil masa untuk menikmati makanan perlahan-lahan serta mengunyah dengan baik.

*      Elakkan dari memasak makanan dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan.


Apa yang aku tuliskan ini hanyalah tips untuk mereka yang benar2 ingin mengurangkan berat badan.  Apa yang perlu ialah semangat dalam diri kita.  Memang sukar untuk mematuhi apa yang telah kita tetapkan tapi percayalah... kesukaran itu hanya kita rasa pada minggu2 pertama dan selepas itu ia akan menjadi kebiasaan...

Okay... kita cerita pulak pasal kalori...

Apa itu kalori....?

Kalori adalah ukuran tenaga dari kandungan protein, karbohidrat  dan lemak yang terdapat dalam sesuatu makanan.

.... setiap 1 gram protein = 4 kalori


.... setiap 1 gram kabohidrat = 4 kalori


.... setiap 1 gram lemak  =  9 kalori

1 gram je okay... terlalu kecil... ini bermakna kita mengambil beribu2 kalori jika makanan itu teridiri dari protein bergoreng... atau kabohidrat bergorng.

Untuk membakar kalori yang kita ambil.. kita hendaklah melakukan aktiviti2 harian seperti bersenam dan lain2 aktiviti fizikal.








Pilihan menu sihat....


Menu yang ditulis ini adalah menu sihat berkalori rendah.  Namun jumlah yang dimakan perlulah dikawal..
(dari artikel di Majalah MIDI)


Lebihkan :  -  Popia Basah                     -  Buah, salad, rojak                          - Masakan asam rebus
                   -   Laksa Asam                     -  Air kosong / teh atau kopi O          - Tom Yam
                   -   Pau kacang                       -  Ulam-ulaman                                 - Kuih jenis kukusan
                   -  Sandwich roti/pita              -  Ikan Bakar sumbat sambal             - Biskut Mil Penuh
                   -  Putu Mayam                      -  Roti Paratha                                   - Jus buah atau sayuran


Cuba elakkan :  -  Popia Goreng 
                         - Laksa Johor / Laksam
                         - Pau goreng / Donut
                         - Kuih jenis pastri dan kek
                         - Sirap, minum kordial, minuman bergas.
                         - Masak lemak pekat
                         - Kuih2 gorengan
                         - Minuman jenis shake dan berkerim
                         - Roti canai atau Roti telur         


                           




...

Monday, March 28, 2011

Melulur Mencantikkan dan Menghaluskan Kulit...

Ramai orang tau apa itu yang dikatakan 'scrub' atau lulur...




Kenapa kita melakukan lulur  pada wajah dan tubuh kita...?



Sebab utamanya ialah.. supaya dengan cara ini kita dpt membersihkan lapisan sel-sel mati di kulit tubuh dan wajah.  Dengan demikian apa jua krim pembersih ... losyen dan rawatan yang kita lakukan pada wajah dan tubuh dengan mudah diserap oleh kulit dan lebih berkesan.

Memiliki tubuh berkulit halus dan mulus adalah idaman setiap wanita.

Wajah yang bersih juga mampu menjadi tatapan yang tidak jemu dimata sesiapa sahaja.

Untuk mendapatkan kedua2nya... kita haruslah berusaha.. melakukan pembersihan dan lulur pada wajah dan tubuh selalu

Pembersihan wajah wajib dilakukan setiap hati pagi dan malam...

Tak boleh malas... memang kena lakukan... kerana kalau kita malas... jangan mimpilah untuk mendapat wajah yang bersih dan berseri.

Tak kiralah apa jenis penjagaan wajah yang kita lakukan... yang penting ia sesuai untuk jenis kulit wajah kita.

Membersih... mengeton... dan melembap... 3 langkah wajib untuk wajah yang bersih ... sihat dan berseri...

Sesekali gunakan lulur dan masker pada muka.  Andainya wajah tidak bermasalah lakukan 3 minggu sekali...



Hasilnya... anda akan lihat setelah beberapa bulan mengamalkannya.. dan untuk jangkamaa panjang...jadikanlah ianya amalan... pasti wajah akan tetap bersih dan berseri walaupun usia sudah hampir separuh abad.

Untuk kulit tubuh yang halus dan mulus pula... jangan abaikan penggunaan lulur.

Manjakanlah diri anda sesekali di dalam bilik air .. pada hari cuti.

Pilihlah lulur yang banyak berada dipasaran sekarang... samada bertujuan untuk memutihkan... menenangkan atau apa saja mengikur kehendak anda.

5 langkah untuk melakukan 'body scrub' di tumah...

1....Sebaik sahaja selepas mandi... ambil body scrub yang secukupnya dan gosoklah secara merata ke bahagian tubuh...leher... dada ... lengan hingga ke kaki...

2...  Lakukan secara perlahan-lahan.  Lakukan dengan urutan melingkar.  Haruslah diingatkan... jangan lakukan secara kasar kerana ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan merosakkan permukaan kulit.

3... Ketika melakukan urutan tersebut... cubalah rasakan sensasi dan aroma yang ditimbulkan oleh scrub tersebut... pasti ianya menenangkan fikiran.

4.... Untuk mendapatkan hasil yang maksimum lakkan urutan berulang kali ... dan anda akan dpt perhatikan lulur yang digunakan akan bertukar warna... kalau sebelumnya putih pasti ianya tidak akan putih lagi

5.... Lakukan scrub pada seluruh bahagian badan mulai dari tangan... badan.. dan terus ke kaki.  Setelah selesai bilaslah tubuh dengan air hingga bersih.

Lakukan sekurang kurangnya 2 kali seminggu...

Untuk cantik... kita kena rajin... cantik bukan hanya pada wajah.. tapi ianya merangkumi semua... wajah.. tubuh... kulit... tingkah laku.. dan juga hati...





...

Saturday, March 12, 2011

Diet Kesihatan Kulit...



Untuk Kulit Halus...

- Makanlah buah-buahan dan sayuran yang bewarna oren, merah atau hijau tua seperti lobak merah... labu... sawi tomato dan bayam setiap hari..

Sayuran dan buah buahan yang bewarna ini mengandungi zat beta karotena iaitu sejenis antioksidan yang menghalang aktiviti sel radikal bebas..yang menyebabkan kulit cepat berkedut.

Beta karotena merangsang DNA yang menghasilkan sel sel kulit baru dan membuat kulit menjadi halus dan segar.




Untuk Mencegah Kulit Rosak...

-  bagi mendapatkan kulit yang sihat ...Pakar Pemakanan menyarankan supaya mengambil biji bunga matahari teh hijau dan coklat...

Biji bunga matahari mengandungi Vitamin E  yang boleh mengatasi reaksi radikal bebas dan juga melindungi kulit dari molekol2 perosak luaran yang disebabkan olen pencemaran udara.

Coklat dan teh hijau pula mengandungi poliphenol yang mampu melancarkan perjalanan darah pada kulit.

Makan sekurang2nya 1.5 auns dark chocolat ... 1 cawan teh hijau sehari dan jgn lupa jadikan kuaci biji matahari sebagai kudapan.

Untuk Keanjalan dan Kecerahan Kulit...

Terdapat banyak jenis sayuran dan buah buahan yang boleh membantu untuk mengekalkan kenajalan kulit dan mencerahkannya.

Antaranya ialah buah stroberi... oren .. lada benggala serta brokoli.  Sayuran dan buah2an ini mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi.  Vitamin C mampu untuk mengaktifkan sel pembuat kolagen.

Semakin bagus kualiti kolagen dalam tubuh badan kita kulit akan menjadi cerah dan anjal.

Buah buahan dan sayuran yang mengandungi Vitamin C ini boleh diambil seberapa banyak yang diinginkan setiap hari...



Dan akhir sekali yang paling penting ialah..JANGAN LUPA BERSENAM...

...kerana wajah yang kusam walau disolek dengan solekan mahal pun tidak dapat mengatasinya.
Bersenam memperbaiki sistem peredaran darah.  Bila sistem peredaran darah semakin bagus secara otomatik kulit akan dpt menyerap nutrisi yang cukup

Lakukan senaman sekurang2 nya 1 jam 2 kali seminggu. Amalan ini pasti dpt memelihara keanjalan kulit.





...

Tuesday, February 15, 2011

10 Langkah Mencegah UTI...





Artikel ini aku dapati dari Majalah ...

Aku ingin berkongsi tips & langkah pencegahan ini bersama pembaca2 blog petua ku...

Pertama sekali...

Apa itu ...Urinary Tract Infection...?

Pasti kita semua pernah merasainya... rasanya yang selalu melaluinya ialah wanita ... kerana saluran kencing wanita memang senang dijangkiti kuman jika tidak dijaga dengan betul.

Antara tanda2 kita dijangkiti ialah :

- kerap membuang air kecil sepanjang hari

- terasa sakit ketika melakukan hubungan seks...

- terasa ingin kencing yang terlampau tapi air kencing yg keluar cuma setitik dua sahaja...

- rasa loya atau muntah

- air kencing mengandungi darah

- air kencing tidak bersih dan bewarna keruh

- air kencing berbau kuat

- sakit di bahagian bawah perut...rusuk dan belakang... (perlukan rawatan segera kerna ini adalah disebabkan jangkitan yang serirus)

- rasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen...



10 langkah pencegahan...


1 - Minum sebanyak air yang mungkin ... sehingga air kencing menjadi jernih

2 - Bagi yang mudah dijangkiti .. makanlah dadih sekerap mungkin kerana dadih membetuk persekitaran berasid  dan menghalang pembiakan bakteria

3 - Jangan menahan rasa kencing... jika terasa untuk membuang air kecil segeralah melakukannya

4 - Apabila membuang air besar... amalkan mencuci bahagian depan kemudian barulah mencuci bahagian belakang

5 - Cuba elakkan aktiviti fizikal lasak seperti berbasikal, menunggang motor & mengembara...

6 - Elakkan pakaian dalam yang ketat. Pakaian dalam yang elok ialah yang diperbuat dari kapas

7 - Elakkan dari mandian bersabun wangi , pencuci wanita, deodoran, tampon & napkin...

8 - Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks...

9- Mandi dgn air pancuran...

10 - Tukar tuala wanita dgn lebih kerap...





...

Monday, February 14, 2011

Petua Orang Lama...

Beras Pulut Haluskan Wajah...










Goreng beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan.  Kemudian dikisar halus dan kemudian campurkan bersama madu dan air perahan limau nipis.  Bancuh bahan2 hingga sebati .

Cuci wajah dengan air bersih dan lumur bancuhan tersebut pada keseluruhan wajah.  Biarkan selama 15 minit sebelum mencucinya...

Bahan campuran ini juga boleh digunakan untuk menghaluskan kulit tubuh....





...

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails