Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, December 17, 2012

Tips Mudah Untuk Kurus...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...

Tips ini aku dapat dari seorang doktor yang pernah membuat pembedahan gastrik bypass..

Petuanya mudah sahaja...

Mengikut nasihat doktor...


Pertama....

Ambil sarapan sebelum jam 7 pagi... iaitu ... selepas solat subuh... makanlah banyak mana yang kita nak makan....

Sarapan merupakan booster untuk meningkatkan kadar metabolik kita...





Kedua....

Makan tengahari hendaklah makan separuh dari apa yang kita makan untuk sarapan....

Makanlah makanan yang seimbang... nasi... sayur... sedikit protein... dan sedikit buah2an...


 Makan tengahari separuh dari ini... boleh ke?


 Ketiga....

Sila makan malam sebelum jam 7 malam...

Ambil separuh dari apa yang kita makan tengahari tadi....tetapi hendaklah seimbang...



Dapat makan malam macam ni pun okay jugak...


Keempat...

No snacking.... bermakna... tiada makanan sampingan diantara watktu2 makan yang disebutkan tadi...

Tidak mengambil kuih2 manis... keropok2... makanan segera... atau jajan diantara waktu makan...


Kalau boleh mengamalkan apa yang disarankan...

Insyaa Allah... masalah berat badan akan dapat di atasi....



p/s...gambar2 adalah ehsan pak Google





...

Tuesday, November 06, 2012

Sukarnya Nak Kurus...!!

 Assalamualaikum...

Kepada pembaca setia... maaf lama sungguh tak mengupdate blog...

Buat masa sekarang laptop buat hal...jadi tak dapat nak mengadap blog selalu... ditambah dengan urusan yang bertimbun di rumah...

Okay.. ingin berkongsi sesuatu dgn sahabat dan pengunjung blog...

Ini adalah pengalaman ku...

Memang aku sentiasa menulis ttg pemakanan... tapi kadang kala nafsu mengatasi segalanya...

Memang sukar untuk menolak makanan2 kegemaran yang sudah berada di depan mata.  Dan bila dah mula menyuap... sukar pula untuk berhenti... kalau tak bertambah orang kata tak sah...

Jadi bila aku mula terasa badan dah mula meningkat... maka aku mula mencari masa untuk bersenam ataupun mengurangkan sesuatu dalam pemakanan...

Yang paling aku ingat..

Pernah terbaca dalam satu artikel dlm majalah...

Jika ingin berdiet atau mengurangkan berat badan... diet apakah yang perlu kita ikuti.

Ada orang mengawal berat badan dgn tidak langsung memakan nasi.,,cuma makan lauk ..roti dan beehoon





Aku dah buat cara mengawal berat badan ini... tapi aku tak tahan... perut yang dah biasa di isi dengan nasi rasa tak boleh bertahan ... menjelang petang... macam2 aku rasa... nak muntah... asyik bersendawa... badan rasa sungguh tak sihat...

Maka aku mengambil keputusan... apa yang perlu aku lakukan ialah mengurangkan pengambilan nasi...

Bermakna... separuh dari nasi yang aku makan selalu....

Dan apa yang paling mudah untuk kita ikuti ialah diet orang yang mengidap Diebetis...

Bermakna... kita mengurangkan pengambilan gula...





Minumlah air kosong... kalau minum teh pun kurangkanlah manisnya...

Kurangkan atau kalau boleh elakkan meminum air2 dalam tin... pasti ramai yang tahu air dalam tin mengandungi kadar gula yang tinggi...

Dan jangan lupa bersenam...

Dapat sehari dalam 20 minit pun Alhamdulillah...

Dan yang paling penting... niat dalam hati...

Kita kurus untuk apa...?  Untuk sihat?  Untuk menunjuk2...?  Untuk memakai baju2 yang seksi dan cantik? Atau untuk sihat dan untuk suami tercinta (bagi yang telah berkahwin)

Maka betulkan niat kita... Insyaallah .. Allah akan memakbulkan niat kita...

Apa jua yang kita lakukan... hendaklah berterusan... jangan cuba dlm seminggu dua... kita dah berputus asa...


Akhir sekali  selalulah makan buah delima (pomegranate) kerana ia dapat membantu menurunkan tekanan darah...menurunkan kadar kolesterol...utk jantung yang sihat... membantu untuk mencegah barah kolon... dan banyak lagi kebaikannya...

Jadi masukkanlah buah delima atau jus delima (dari sari buah sebenar tanpa gula)  dalam senarai belian anda setiap minggu....




Sekadar berkongsi.... 
 
...

Monday, August 13, 2012

Petua Orang Lama

Assalmaualaikum...lama dah tak update petua2

Kelmarin berkemas majalah lama....terjumpa petua2 lama yang rasanya mudah untuk diamalkan...

Seperti yang saya katakan... petua2 ini akan berkesan jika kita rajin mengamalkannya dan janganlah mengharap untuk mendapatkan hasilnya

Melembutkan tapak tangan...

Setelah melakukan kerja-kerja rumah yang boleh membuatkan tapak tangan kita menjadi kasar... ambil sedikit hampas kopi... dan amalkan menggosoknya ke tapak tangan.  Sental perlahan-lahan...

Biar kering dahulu kemudian barulah di cuci dan basih tangan sampai bersih.




Mengempiskan perut...


Ambil secawan cuka nipah... dan beberapa ketul lengkuas.

Kisar kedua2 bahan ini hingga lumat.   Sapukan bancuhan ini pada setiap malam selama diperlukan...Insyaallah perut akan kempis....

Selamat mencuba.


                                             


Menyembuhkan kudis dan kurap...

Ada ketikanya kudis dan kurap sukar untuk sembuh...walaupun menggunakan ubat2 moden.

Cuba petua ini... ambil sedikit kunyit hidup parut dan masak dengan secamca minyak masak...

Bila sejuk sapukan pada kudis tersebut...lebih kerap disapu lebih cepat sembuh...



p/s...gambar adalah ehsan dari Google Image...





...

Tuesday, April 03, 2012

Amalan Diet...



Amalan Diet Dari Muda Sampai Tua...

Rasanya dah banyak kali bercerita pasal diet dalam blog ni kan?

Tapi rasanya itulah topik yang sering dibincangkan oleh gadis2 atau wanita2 tidak kita tua atau muda.

Berdiet bukan saja untuk kekal langsing... tapi yang penting ialah sihat.

Bila kita menjaga pemakanan kita... maka Insyaallah tubuh badan akan sihat.

Apabila kita mula membuat keputusan untuk berdiet maka kita haruslah... :




... Pastikan... betapa terujanya kita untuk kurus namun kita mestilah memastikan kita tidak melakukannya      dengan begitu drastik sekali.  Perlu diingatkan... kalau boleh 1 kg seminggu itu sedah memadai.

... Makan cuma apabila perut terasa lapar... dan bukan mengikut nafsu

... Gunakan pinggan yang lebih kecil dari dahulu... tapi jgnlah terlampau kecil sebab nanti kita akan bertambah    berkali2... sehingga tak perasan.

... Jangan makan sebelum lapar...

... Kalau perut terasa lapar... jgn makan jajan yang bergoreng... tapi makanlah buah2an sebagai alas perut..

... Kalau dahulu... dalam pinggan makan... 50% nasi... 30% daging atau ikan... 20% sayur... maka tukarlah corak pemakanan itu... jadikan hanya 25% nasi... 25% lauk dan 50% sayur...



... Sayur-sayuran lebih baik dimakan mentah...seperti tomato... lobak merah... timun...salad ..dan ulam ulaman untuk mengelakkan penggunaan minyak.

... Bila makan salad  .. gunakan hanya sedikit dressing... kerana selalunya mayonis dan dressing salad mengandungi bahan2 yang menggemukkan


... Bila keluar makan buffet... mulakan dengan mengambil salad dan sup dahulu.. ini dpt mengelakkan kita dari mengambil 'main course' dgn jumlah yang banyak...

... Makanan hendaklah dikunyah dgn perlahan... 

... Elakkan dari mengambil 'snack' atau jajan ketika sedang lapar...kerana nanti kita akan mengambilnya dgn jumlah yang berlebihan..

... Elakkan dari membeli goreng pisang... keropok lekor... char kueh teow kerana ia mengandungi kalori yang tinggi

... Ingat kata kata Rasulullah... 'Makan bila lapar... dan berhenti sebelum kenyang'









...

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails